Wahab dipenjara dua bulan kerana serang adik lelakinya Wahib

Tertuduh menyerang adik lelakinya kerana berang mangsa mengadu dia membawa rakan disyaki penagih ke rumah mereka

0
52
Seorang lelaki, Abdul Wahab Alimun, dijatuhi hukuman penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas kesalahan menyerang adik lelakinya Abdul Wahib, kerana berang mangsa mengadu dia membawa rakan disyaki penagih ke rumah mereka, minggu lalu
Seorang lelaki, Abdul Wahab Alimun, dijatuhi hukuman penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas kesalahan menyerang adik lelakinya Abdul Wahib, kerana berang mangsa mengadu dia membawa rakan disyaki penagih ke rumah mereka, minggu lalu

MELAKA — Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas kesalahan menyerang adik lelakinya.

Mengikut laporan, tertuduh, Abdul Wahab Alimun, 56, menyerang adik lelakinya kerana berang mangsa mengadu dia membawa rakan disyaki penagih ke rumah mereka, minggu lalu.

Wahab dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan pada prosiding di hadapan Majistret Nabilah Nizam.

Mengikut pertuduhan, tertuduh pada jam 3.50 petang 16 November lalu, didakwa menyerang adiknya, Abdul Wahib, 50, dalam bilik sebuah rumah di Jalan Bukit Rambai di sini.

Berdasarkan fakta kes, pada masa kejadian, Wahab menendang pintu bilik pengadu sambil memaki hamun mangsa yang ketika itu berada bersama isteri dan anaknya.

Tertuduh kemudian mengeluarkan sebilah pisau lipat dari dalam bajunya. Pengadu yang berasa terancam membuat laporan polis yang membawa kepada penangkapan tertuduh.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan, yang sabit kesalahan boleh dipenjara hingga tiga bulan atau dengan denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya. — Malaysiaxpress

Baca juga:
Wanita dipenjara 5 bulan, denda RM 11,000