[VIDEO] Pertuduhan baharu usaha tutup kegagalan kerajaan – Wan Saiful

0
112

KUALA LUMPUR — Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa, 18 pertuduhan pengubahan wang haram yang dikenakan terhadapnya merupakan satu usaha untuk mengalihkan perhatian rakyat.

Wan Saiful turut menyifatkan, kesemua pertuduhan itu sebagai menutup kegagalan kerajaan hari ini dalam menangani isu yang membelenggu rakyat terutama kos sara hidup.

“Saya mengangap pertuduhan baharu yang dikenakan kepada saya ini adalah satu usaha mengalih perhatian rakyat daripada pelbagai kegagalan yang dilakukan kerajaan hari ini… gagal mengawal kenaikan harga barang, gagal mengawal kenaikan kos sara hidup, gagal membantu rakyat, gagal menjalankan reform yang mereka perjuangkan dan banyak lagi kegagalan tersebut.

“Jadi mereka terpaksa mencari isu-isu baharu boleh digunakan untuk mengalih perhatian rakyat daripada segala bentuk kegagalan mereka.

BACA juga:

Wan Saiful naik mahkamah lagi esok

Ahli Parlimen PN ngaku tak bersalah gubah wang haram