Ukraine Serang Fasiliti Rusia Dengan Dron

0
75
Ukraine dikatakan telah memulakan serangan dron ke arah Rusia - Gambar kyivindependent

Serangan dron Ukraine di Kursk mengenai bumbung bangunan stesen kereta api mencetuskan kebakaran pada bumbung

MOSCOW — Gabenor Wilayah Kursk Roman Starovoit pada Ahad  berkata sebuah dron Ukraine menyerang bangunan stesen kereta api bandar itu menyebabkan lima orang cedera ringan, lapor Sputnik.

“Menurut maklumat awal, serangan dron Ukraine di Kursk mengenai bumbung bangunan stesen kereta api mencetuskan kebakaran pada bumbung. Lima orang cedera ringan terkena serpihan kaca,” kata gabenor itu di Telegram .

Starovoit berkata semua perkhidmatan operasi berada di tempat kejadian, sementara butiran kejadian sedang diperincikan.

Sementara itu Datuk Bandar Moscow Sergei Sobyanin pada malam Ahad berkata, pasukan pertahanan udara turut menghentikan sebuah dron Ukraine yang terbang ke Moscow dari arah selatan. — Bernama