UAE lancar operasi kemanusiaan bantu penduduk Gaza

Operasi kemanusiaan dijalankan dengan kerjasama rapat Bulan Sabit Merah UAE

0
155
Presiden Emiriah Arab Bersatu itu mengarahkan Khalifa bin Zayed Al Nahyan Foundation, Zayed Charitable Humanitarian Foundation dan institusi lain UAE untuk operasi kemanusiaan 'Gallant Knight 3' - Gambar Anadolu
Presiden Emiriah Arab Bersatu itu mengarahkan Khalifa bin Zayed Al Nahyan Foundation, Zayed Charitable Humanitarian Foundation dan institusi lain UAE untuk operasi kemanusiaan 'Gallant Knight 3' - Gambar Anadolu

ABU DHABI — Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan mengarahkan Kementerian Pertahanan untuk memulakan operasi kemanusiaan ‘Gallant Knight 3’, yang bertujuan membantu rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

Beliau mengarahkan operasi kemanusiaan itu dijalankan dengan kerjasama rapat Bulan Sabit Merah UAE, Khalifa bin Zayed Al Nahyan Foundation, Zayed Charitable Humanitarian Foundation dan institusi-institusi UAE lain, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

Beliau juga mengarahkan supaya peluang-peluang sukarela disediakan untuk doktor-doktor yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan dan Pencegahan, Jabatan Kesihatan Abu Dhabi serta untuk sukarelawan yang berdaftar dengan Bulan Sabit Merah UAE serta entiti kemanusiaan dan kebajikan lain di UAE. — Bernama-WAM

Baca lagi: Malaysia terima notis daripada AS kerana bertegas isu Palestin