Sultan Johor Berkenan Menghadap PM Anwar

1
113
DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menghadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan MB Johor Onn Hafiz Ghazi di Istana Bukit Serene hari ini. Gambar: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menghadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan MB Johor Onn Hafiz Ghazi di Istana Bukit Serene hari ini. Gambar kredit: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

JOHOR BAHRU — DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Serene, di sini pada Khamis (20 April).

Pertemuan bersama Baginda Tuanku Sultan bermula pada jam 3 petang dan berlangsung selama satu jam. Turut hadir ialah Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi.

Laman rasmi Facebook Sultan Ibrahim mengatakan bahawa perdana menteri telah mempersembahkan kepada Baginda perkembangan pembangunan negara dan juga negeri Johor.

Baginda turut berkenan memandu sendiri menghantar Anwar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menghantar sendiri Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Gambar kredit: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Ini merupakan pertemuan rasmi kali ketiga antara Baginda dan Anwar Ibrahim semenjak Anwar dilantik sebagai perdana menteri November lalu.

Baca juga: Michelle Yeoh Lawat PM di Pejabat Perdana Menteri

Sultan Ibrahim dilaporkan mempunyai perhubungan yang baik dengan Perdana Menteri. Baginda juga dijangka akan ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ketujuh belas menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Januari tahun depan.– mediahit