Suhaimi Saad, bekas ahli kumpulan In-Team meninggal dunia

Suhaimi meninggal dunia disebabkan kejutan septik dengan kegagalan pelbagai organ

0
34
Bekas anggota kumpulan nasyid In-team, Mohd Suhaimi Saad, 43, meninggal dunia, malam tadi disebabkan kejutan septik dengan kegagalan pelbagai organ
Bekas anggota kumpulan nasyid In-team, Mohd Suhaimi Saad, 43, meninggal dunia, malam tadi disebabkan kejutan septik dengan kegagalan pelbagai organ

JOHOR BAHRU — Bekas anggota kumpulan nasyid In-team, Mohd Suhaimi Saad, 43, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini malam tadi.

Mengesahkan perkara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Johor Dr Mohtar Pungut@ Ahmad berkata Mohd Suhaimi, yang dimasukkan ke HSI sejak 10 Nov lepas, meninggal dunia pada 7.40 malam disebabkan kejutan septik dengan kegagalan pelbagai organ. 

“Jenazah Allahyarham sudah dituntut oleh keluarga,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Terdahulu, berita pemergian Allahyarham turut dikongsi kumpulan nasyid tersebut di Facebook rasmi In-team.

“Salam takziah buat seluruh ahli keluarga. Semoga dipermudahkan segala urusan. Semoga Allah menempatkan Allahyarham dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” menurut hantaran itu.

Hazamin, salah seorang anggota In-Team, juga memohon disedekahkan Al-Fatihah kepada arwah di Instagram miliknya.

Arwah, yang juga suami penyanyi Ina Naim, sebelum ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi ICU hospital berkenaan akibat pneumonia.

Terdahulu, beliau dikejarkan ke hospital selepas mengalami batuk kronik dan cirit birit berpanjangan. — Malaysiaxpress

Baca juga:
Wanita bunuh rakan kongsi perniagaan