Skim Sewa Perak Sejahtera : Kadar Sewa Rumah Lebih Rendah

0
84
Sebanyak 12 buah Rumah Perakku akan disewakan kepada mereka yang memerlukan - Gambar Kosmo

Harga sewa ditawarkan dengan diskaun 20 peratus dari kadar semasa.

LUMUT — Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pihaknya bakal melancarkan Skim Sewa Perak Sejahtera yang bertujuan menawarkan rumah-rumah sewa melalui kadar sewa lebih rendah berbanding pasaran dan ia dimulakan dengan 12 unit rumah mampu milik di Taman Perakku Serdang.

“Harga sewa ditawarkan dengan diskaun 20 peratus dari kadar semasa yang akan memberi manfaat kepada golongan yang masih belum mampu memiliki rumah sendiri,” katanya.

Menurut Saarani, sebanyak RM55.3 juta telah diperuntukkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) bagi membina 100 unit kediaman kos rendah dan 347 unit kediaman mampu milik teres setingkat berharga antara RM70,000 hingga RM168,000.

Tambah beliau projek yang dilaksanakan di kawasan seluas 12 hektar itu berjaya disiapkan dalam tempoh 26 bulan. — MediaHit