Senarai 3 Calon MB Dipersembah Kepada Sultan Kelantan Esok

0
48
Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata senarai tiga nama yang dicalonkan sebagai Menteri Besar akan dipersembahkan kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, esok. Bernama Pic.
Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata senarai tiga nama yang dicalonkan sebagai Menteri Besar akan dipersembahkan kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, esok - Gambar Bernama

Pesuruhjaya PAS Kelantan Ahmad Yakob berkata senarai tiga nama yang dicalonkan sebagai Menteri Besar telah mendapat persetujuan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang.

KOTA BHARU — Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata senarai tiga nama yang dicalonkan sebagai Menteri Besar akan dipersembahkan kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, esok.

Ahmad berkata senarai nama tersebut juga telah mendapat persetujuan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Nama telah mendapat persetujuan Presiden PAS kerana watikah presiden akan diangkat kepada Sultan Kelantan.

“(Istiadat) angkat sumpah akan diadakan pada 3 petang, 15 Ogos,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Harian Jawatankuasa PAS Pusat dan Kelantan di sini malam ini.

Mesyuarat dipengerusikan Abdul Hadi itu turut dihadiri Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar. — Bernama

Baca juga: Ahmad Yakob Kekal Di DUN Pasir Pekan