Saya tiada kaitan dengan MYAirline kata Muhyiddin

0
68
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Lembaga Disiplin parti itu akan bersidang dalam masa terdekat untuk menentukan hukuman terhadap Ahli Parlimen yang menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Lembaga Disiplin parti itu akan bersidang dalam masa terdekat untuk menentukan hukuman terhadap Ahli Parlimen yang menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim

PETALING JAYA – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau sama sekali tidak terlibat dalam kemelut yang melanda syarikat penerbangan tambang murah, MYAirline.

Jelas bekas Perdana Menteri itu, beliau juga tiada kaitan langsung dengan syarikat penerbangan tersebut atau mana-mana pemegang saham syarikat yang terlibat.

“Saya dapati ada pihak yang cuba mengaitkan saya dengan kemelut yang melibatkan syarikat penerbangan MYAirline.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya tiada kaitan langsung dengan syarikat penerbangan ini atau mana-mana pemegang saham syarikat. Saya juga tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai latar belakang syarikat ini,” jelasnya melalui satu kenyataan hari ini,

Tambah beliau, carian saya menunjukkan bahawa syarikat tersebut mendapat kelulusan bersyarat lesen perkhidmatan udara pada 22 Disember 2021 iaitu semasa beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

Penglibatan firma guaman Rosli Dahlan Saravana Partnership (RDS) sebagai peguam juga kata beliau, adalah bagi pihak pemegang saham syarikat MYAirlines tidak boleh dikaitkan dengannya.

“RDS sebagai sebuah firma guaman berhak untuk mewakili sesiapa sahaja yang memerlukan khidmat guamannya.

“Saya percaya ada pihak-pihak tertentu yang cuba mencemarkan nama baik saya dengan membuat tuduhan jahat kononnya saya terbabit dengan syarikat ini.

“Hentikanlah politik murahan yang kotor ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.