Samsuri menang di Kemaman dengan majoriti 37,220 undi

SPR mengumumkan Samsuri menang dengan memperolehi 64,998 undi

0
65
Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Menteri Besar Terengganu, menang kerusi parlimen Kemaman dengan memperolehi 64,998 undi mengalahkan calon Barisan Nasional Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed dengan majoriti 37,220 undi

CHUKA — Perikatan Nasional (PN) mengekalkan dominasi di Terengganu dengan mengekalkan kerusi Parlimen Kemaman.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dari PAS, memperoleh 64,998 undi manakala calon Barisan Nasional Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor mendapat 22,778 undi.

Samsuri, yang juga Menteri Besar Terengganu menang dengan majoriti 37,220 undi, mengatasi majoriti sebanyak 27,179 undi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRK Kemaman diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya Terengganu memutuskan pada 26 September lalu bahawa kemenangan Che Alias Hamid pada PRU15 terbatal kerana terdapat unsur rasuah sepanjang tempoh berkempen.

Pada PRU15, Che Alias memenangi kerusi itu di bawah tiket PAS dengan majoriti 27,179 undi dalam pertarungan empat penjuru. Pesaing terdekatnya, Datuk Seri Ahmad Said daripada Barisan Nasional memperoleh 38,535 undi. — MalaysiaXpress