Puad Zarkashi: Najib, Muhyiddin bergabung? Cadangan syok sendiri

Beliau berpendapat individu yang memberi cadangan tersebut 'tidak perlu dilayan'

0
43
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Puad Zakarshi
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Puad Zakarshi

KUALA LUMPUR — Cadangan agar Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Najib Tun Razak bergabung bagi menjadikan Malaysia lebih hebat tidak perlu dilayan.

Demikian kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Puad Zakarshi di halaman Facebooknya, susulan ada individu yang mencadangkan supaya Muhyiddin dan Najib bergabung.

“Ada cadangan Najib dan Muhyiddin bergabung. Kononnya Malaysia tambah hebat. Tanyalah Muhyiddin. Mahukah dia?

Tambah beliau lagi, individu tersebut ‘buta sejarah’.

“Individu yang mencadangkan itu buta sejarah. Najib pernah sokong Muhyiddin jadi perdana menteri ke lapan. Dia tikam belakang. Dia mahu bunuh UMNO macam di PRN Sabah.

“Muhyiddin tolak sertai Kerajaan Perpaduan. Dia mahu tebuk atap. Maka macam mana mahu wujud Malaysia lebih hebat?” tanya Puad lagi.

Menurut ADUN Rengit itu lagi, Umno dan Bersatu bersaing untuk kumpulan sasar yang sama.

“Sebab itu Bersatu kena bunuh Umno untuk hidup. Mudah berkawan dengan PKR kerana kumpulan sasar mereka berbeza.

“Gabungan itu cadangan Syed Imran. Dia dakwa akan kumpul 30K orang sokong Najib. 10 orang pun tak sampai. Kaki syok sendiri. Tak payah layanlah.” tambah Puad lagi.

Sebelum ini, Presiden Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia, Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz mendakwa, penyokong Najib, yang juga lebih mesra dengan panggilan ‘Bossku’, mahukan Muhyiddin dan Najib bergabung, agar Malaysia menjadi lebih hebat.

Beliau menyuarakan perkara itu selepas Muhyiddin, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) mendoakan kesembuhan Najib yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat COVID-19, baru-baru ini. — Malaysiaxpress

Baca juga:
Ahli Parlimen Gua Musang wakil ketiga Bersatu sokong Anwar