PRN: BN Umum Calon 21 Julai – Ahmad Zahid

2
61
Datuk Sri Ahmad Zahid Hamidi bersama pemimpin-pemimpin parti komponen Kerajaan Perpaduan: BN Umum Calon PRN 21 Julai ini. Gambar: FB Zahid Hamidi
Datuk Sri Ahmad Zahid Hamidi bersama pemimpin-pemimpin parti komponen Kerajaan Perpaduan: BN Umum Calon PRN 21 Julai ini. Gambar: FB Zahid Hamidi

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyatakan begitu selepas Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan malam tadi.

KUALA LUMPUR — Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 21 Julai ini.

Perkara itu dinyatakan Pengerusi BN yang juga Presiden Umno Datuk Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan malam ini.

“Untuk BN, kita akan umumkan pada 21 Julai malam untuk semua negeri,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat itu yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Turut hadir beberapa pemimpin Kerajaan Perpaduan iaitu Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Fadillah Yusof dan Presiden Parti Amanah Negara Datuk Seri Mohamad Sabu.

SPR Menetapkan PRN Pada 12 Ogos

Mesyuarat itu turut disertai Ketua Menteri Sabah Datuk Sri Hajiji Noor, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Sri Tiong King Sing, Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Datuk Arthur Joseph Kurup dan Setiausaha Agung PKR Datuk Sri Saifuddin Nasution Ismail.

Pada 5 Julai lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya memutuskan bahawa PRN di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dijalankan serentak dengan 12 Ogos ditetapkan sebagai tarikh pengundian.

Tarikh penamaan calon di keenam-enam negeri ditetapkan pada 29 Julai manakala pengundian awal pada 8 Ogos.

Bernama

Baca juga:
EC Sets 12 Aug As Polling Date For Six States