Polis Myanmar rampas dadah bernilai lebih AS$381 juta

Penyeludupan dadah berkait rapat dengan jenayah rentas sempadan, penyeludupan senjata serta pengubahan wang haram

0
101
Polis Myanmar rampas dadah bernilai lebih AS$381 juta - Gambar The Sun Daily
Polis Myanmar rampas dadah bernilai lebih AS$381 juta - Gambar The Sun Daily

YANGON — Polis Myanmar merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih US$381 juta setakat 23 Oktober tahun ini, menurut mesyuarat Jawatankuasa Pusat Kawalan Penyalahgunaan Dadah (CCDAC).

Mesyuarat pertama CCDAC untuk tahun 2023 yang berlangsung di Nay Pyi Taw pada Rabu (25 Okt) itu dihadiri oleh Pengerusi CCDAC yang juga Menteri Kesatuan Hal Ehwal Dalam Negeri Lt-Gen Yar Pyae, lapor Xinhua memetik akhbar milik kerajaan The Mirror, pada Khamis (25 Oktober).

Beliau berkata penyeludupan dadah itu berkait rapat dengan jenayah rentas sempadan, penyeludupan senjata serta pengubahan wang haram yang menjejaskan kestabilan serantau.

Myanmar menjalin kerjasama erat dengan pelbagai negara atau pertubuhan dalam pelbagai aktiviti antidadah, katanya.

Menurut laporan itu, dadah yang dirampas termasuk candu, heroin, tablet perangsang, methamphetamine, Ketamin, pil ekstasi dan Happy Water. — Bernama-Xinhua

Baca lagi: Akta Dadah Berbahaya 1952 bakal dipinda, syor hukuman lebih berat – Zahid Hamidi