PHNOM PENH — Bersempena ulangtahun ke-19 Raja Norodom Sihamoni menaiki takhta kerajaan Kemboja, sebuah pertunjukan bunga api akan diadakan di sini.
Menurut Jawatankuasa Penganjur Festival Nasional dan Antarabangsa, pertunjukan bunga api tersebut akan diadakan pada Ahad, 29 Oktober di hadapan Istana Diraja bersempena dengan sambutan ulangtahun Pertabalan Raja Kemboja di Phnom Penh.
Baginda merupakan putera sulung kepada Raja Norodom Sihanouk dan permaisuri keduanya, Norodom Monineath.
Baginda ditabalkan sebagai Raja Kemboja oleh Majlis Diraja negara itu pada Oktober 2004 bagi menggantikan ayahandanya yang turun takhta. – MalaysiaXpress