Tawaran diskaun untuk saman terpilih, dari 20-31 Mac ini
KUALA LUMPUR — Sempena Hari Polis ke-216, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), akan memberikan tawaran pengurangan kompaun saman trafik sehingga 60 peratus, tertakluk kepada saman terpilih.
Saman terpilih ini boleh dibayar secara atas talian melalui aplikasi MyBayar Saman dan secara fisikal di semua kaunter bayaran trafik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Daerah di seluruh negara, dari 20 hingga 31 Mac ini.
Diskaun saman PDRM ini adalah bagi kesalahan terpilih sahaja di mana tawaran diskaun adalah sehingga 60 peratus. Namun PDRM tidak menawarkan diskaun untuk 11 kesalahan-kesalahan berikut : kemalangan, kesalahan tidak boleh kompaun, kesalahan bicara mahkamah, tidak patuhi isyarat lampu merah, saman berstatys waran, memotong di garisan kembar, kesalahan berkaitan kenderaan berat (lori), kesalahan pengubahsuaian ekzos, memotong secara berbahaya, saman berstatus op selamat dan kesalahan menggunakan lorong kecemasan.
Orang ramai boleh mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman samada di portal https://mybayar.rmp.gov.my/en atau memuatnaikkan aplikasi MyBayar Saman yang boleh didapati di Google Playstore, Apple Store dan Huawei Appstore — mediahit.