Penduduk Bangga Persembahkan Permainan Jong Kepada Tunku Ismail

0
67
Permainan Jong, iaitu permainan yang sinonim dalam kalangan nelayan di Tanjung Piai di sini dipersembahkan ketika keberangkatan Tunku Ismail dan kerabat Diraja Johor ke Taman Rekreasi Sungai Rambah sempena hari terakhir jelajah itu.
Permainan Jong, iaitu permainan yang sinonim dalam kalangan nelayan di Tanjung Piai di sini dipersembahkan ketika keberangkatan Tunku Ismail dan kerabat Diraja Johor ke Taman Rekreasi Sungai Rambah sempena hari terakhir jelajah itu.

Kelab Jong Pontian, dengan kerjasama Pejabat Daerah Pontian berhasrat mempopularkan kembali permainan itu.

PONTIAN — Penduduk di sini berasa bangga kerana dapat mempersembahkan permainan Jong di hadapan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang  mengetuai Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2023 hari ini.

Permainan Jong, iaitu permainan yang sinonim dalam kalangan nelayan di Tanjung Piai di sini dipersembahkan ketika keberangkatan Tunku Ismail dan kerabat Diraja Johor ke Taman Rekreasi Sungai Rambah sempena hari terakhir jelajah itu.

 Pengerusi Kelab Jong Pontian Mohd Tahir Abdul Hamid berkata, selain golongan nelayan permainan itu juga pernah dimainkan oleh anak raja suatu ketika dahulu terutamanya ketika zaman kesultanan Johor Riau.

Beliau berkata pihaknya dengan kerjasama Pejabat Daerah Pontian berhasrat mempopularkan kembali permainan itu.

“Kita amat bangga dapat mempersembahkannya di hadapan Tunku Mahkota Johor.

Suatu ketika dahulu, permainan Jong merupakan antara trademark Kerajaan Melayu Johor Riau.

Ramai anak raja akan datang ke kawasan pantai di Johor (Pontian dan Tanjung Surat, Kota Tinggi) untuk bermain permainan ini.

Jong Sebagai Aktiviti Tahunan

“Dalam usaha kita untuk mempopularkannya kembali, kita akan menjadikan 16 Sept (setiap tahun) sebagai aktiviti tahunan permainan yang dibuat daripada kayu pulai ini dan kita akan mulakannya tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat dan penerangan ringkas kepada Tunku Ismail dan kerabat Diraja Johor.

Berangkat sama dalam konvoi Diraja itu isteri Tunku Mahkota Johor Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam dan adinda Tunku Mahkota Johor iaitu Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim serta Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim dan suami Datuk Dennis Muhammad Abdullah.

Mohd Tahir berkata lebih menggembirakan, Tunku Ismail turut berkenan menempah seunit Jong serta berhasrat untuk mempelajari permainan itu.

“Saya akan menyiapkan tempahan Jong oleh Tunku Mahkota Johor dengan sebaiknya. Paling utama ia mesti mempunyai warna merah dan biru serta ada logo JDT (Johor Darul Ta’zim),” katanya sambil menambah selain kayu pulai, kain paracut diperlukan dalam pembuatan Jong untuk dijadikan layar.

Taman Rekreasi Sungai Rambah merupakan lokasi kedua terakhir Tunku Ismail bersama konvoi Diraja sebelum KMJ melabuhkan tirainya di Kompleks Penghulu Mukim Sedenak, Kulai.

Jelajah KMJ 2023 merentasi 10 daerah meliputi perjalanan sejauh 879 kilometer mulai Sabtu hingga hari ini. — Bernama

Baca juga:
Feri Baharu Pulau Pinang Beroperasi Hari Ini