Pemuda dan Wanita MCA jelajah negara, tarik minat belia

Presiden MCA berkata penglibatan belia lelaki dan wanita adalah penting dalam membantu menggerakkan jentera parti

0
80
Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong berkata penglibatan belia lelaki dan wanita daripada segenap lapisan termasuk profesional dan graduan adalah penting - Gambar Utusan
Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong berkata penglibatan belia lelaki dan wanita daripada segenap lapisan termasuk profesional dan graduan adalah penting - Gambar Utusan

JOHOR BAHRU — Pemuda dan Wanita MCA akan menjelajah ke seluruh pelosok negara untuk mendekati dan menarik minat golongan belia sebagai satu daripada proses rejuvenasi parti.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata golongan itu adalah penting dalam membantu menggerakkan jentera parti sebagai persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 akan datang.

“Saya akan memberikan kuota kepada MCA di setiap negeri untuk capai (tarik) penglibatan belia, contohnya seperti di Johor, kita beri (kuota) 4,000 belia. Kita mahu penglibatan belia lelaki dan wanita daripada segenap lapisan termasuk profesional dan graduan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabat MCA Johor di sini hari ini (10 Nov), yang turut dihadiri Ketua Pemuda MCA Ling Tian Soon.

Sementara itu, Ling ketika ditemui berkata jelajah itu yang bermula bulan depan ialah langkah penting bagi memperkuatkan parti.

Beliau berkata penerangan mengenai hala tuju baharu parti dan perancangan masa depan akan turut diadakan melibatkan MCA negeri sehingga peringkat akar umbi.

Terdahulu, pada sidang media itu Wee turut mengumumkan Jawatankuasa Perhubungan MCA Johor yang turut dibarisi beliau sebagai Pengerusi, manakala Ling sebagai Timbalan Pengerusi. — Bernama

Baca lagi: MCA Polls: Ling, Wong Elected as the New Youth, Wanita Chiefs