Parti PAN Hina Budi Bicara YDP Agong – Puad Zarkashi

0
31
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi menganggap parti Amanah hina budi bicara YDP Agong.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi menganggap parti Amanah hina budi bicara YDP Agong.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Puad Zarkashi menganggap parti Amanah tidak tertib berhubung isu pengampunan diraja oleh Yang di-Pertua Agong terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak.

KUALA LUMPUR — Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Puad Zarkashi berkata sikap Amanah boleh menjejaskan kestabilan dan kelangsungan Kerajaan Perpaduan.

Sehari sebelum Lembaga Pengampunan dijadualkan bermesyuarat, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad mendesak agar Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah (YDPA) menolak permohonan pengampunan Najib.

Puad menganggap kenyataan itu sebagai pendirian rasmi Amanah kerana tiada penafian dari Mohamad Sabu, katanya dalam laman Facebook beliau hari ini.

Ini ditambah lagi dengan kenyataan Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayob agar UMNO dan penyokong-penyokong Umno menerima keputusan Lembaga Pengampunan.

Umno Akur Dengan Proses Perundangan Dan Kebijaksanaan YDP Agong

“Umno tidak ada masalah pun. Umno akur proses perundangan.” ujar Puad.

“Umno tidak membising pun bila Lembaga Pengampunan tidak bincang kes Najib dua hari lalu,” tegas Puad di dalam tulisannya.

Menurut beliau, Umno telah membuat permohonan secara tertib. Beliau kesal dengan Amanah kerana mendesak YDPA menolak pengampunan Najib yang didokong oleh Umno.

Tambah Puad lagi “Maka PAN yang tidak tertib. PAN yang hina budi bicara YDP Agong. PAN secara jelas mempersoal kebijaksanaan YDP Agong kerana membuat desakan itu,”

Umno akur dengan proses perundangan dan budi bicara Yamg di-Pertuan Agong – Puad Zarkashi, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno.

Parti yang dipimpin oleh Mohamad Sabu itu lebih wajar dipanggil sebagai parti PAN bukan parti Amanah. PAN hanya layak jadi kawan politik bukan sahabat perjuangan, kata Puad lagi.

“Sebab itu memang susah bersahabat dengan PAN. Hanya boleh jadi kawan. Kawan yang tidak beri jaminan Kerajaan Perpaduan boleh kekal. Kawan makan kawan.”

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Khalid Samad sebelum ini, Amanah berpendirian menolak pengampunan Najib merupakan langkah terbaik bagi menjaga nama baik negara dan komitmen kerajaan untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Khalid berkata, Amanah berpandangan bahawa pengampunan untuk Najib akan menghantar mesej yang sangat tidak baik kepada rakyat, sistem keadilan negara dan juga kepada seluruh dunia berhubung sikap dan pendirian negara terhadap rasuah dan salah guna kuasa.

Ia akan merosakkan imej dasar Membangun Malaysia Madani yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, katanya lagi.

Majlis Kerja Tertinggi Umno sebelum ini telah mempersembahkan warkah rayuan meminta ihsan YDPA agar bekas presiden UMNO yang juga bekas Perdana Menteri Malaysia keenam Najib Razak diberi pengampunan penuh berdasarkan jasa dan sumbangan beliau kepada rakyat dan negara.

Walaubagaimanapun, Lembaga Pengampunan yang bermesyuarat pada Jumaat lepas belum lagi membincangkan permohonan tersebut — mediahit

Baca juga:
Najib Pardon Ready ‘Unofficially”, Istana Awaits Noise ‘Die Down’