NGO Keadilan Untuk Najib: Tiada Sesiapa Di Atas Undang-undang

0
60
Jurucakap NGO Gabungan Gerakan Keadilan Untuk Najib Razak turut menggesa Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim untuk memastikan tiada sesiapa yang lebih teratas daripada undang-undang negara. - Gambar MH oleh Jebat Shinchan
Jurucakap NGO Gabungan Gerakan Keadilan Untuk Najib Razak turut menggesa Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim untuk memastikan tiada sesiapa yang lebih teratas daripada undang-undang negara. - Gambar MH oleh Jebat Shinchan

Hakim Nazlan Ghazali yang merupakan Hakim bagi kes SRC International melibatkan bekas Perdana Menteri, Najib Razak, disyaki dilindungi oleh individu tertentu sehingga beliau begitu kalis dengan tindakan undang-undang.

Gabungan Gerakan Keadilan untuk Najib Razak telah membuat satu laporan polis kerana mengesyaki bahawa Ketua Hakim Negara, Tengku Maimon Tuan Mat dan Peguam Negara, Idrus Harun seolah-olah sedang melindungi Hakim Nazlan Ghazali daripada sebarang tindakan undang-undang yang boleh diambil ke atasnya.

NGO tersebut mendesak agar pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) menyiasat dan melaporkan kepada pihak berkenaan agar tindakan yang sewajarnya diambil atas dasar ‘tiada sesiapa di atas undang-undang’ (no one is above the law).

Wakil dari NGO tersebut, Hamidah Osman dan Hasnah Abdul Rahman, telah mengadakan satu sidang akhbar berkenaan laporan polis tersebut sejurus selepas laporan itu di buat di IPD Dang Wangi lebih kurang pada pukul 3 petang.

Tonton video di sini

Kami Mahu Tindakan Lanjut Ke Atas Hakim Nazlan

Mengikut Hasnah, pihak Gabungan Gerakan Keadilan untuk Najib Razak telah beberapa kali membuat laporan polis agar pihak berkenaan mengambil tindakan yang sepatutnya,

“Kami mahu tahu apa tindakan selanjutnya yang akan diambil oleh Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara, seperti yang diperkatakan oleh Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) tempoh hari.

“Kami ingin mendesak perkara ini diperkatakan secara terbuka, dan bukan disenyapkan seperti sekarang ini. Kami mahukan ketelusan badan kehakiman negara terhadap perkara ini dan kami mahu tahu apakah langkah seterusnya yang akan diambil kerana perkara ini sudah terlalu lama berlanjutan,” kata beliau.

Azalina juga telah mengutuskan surat kepada peguam Najib Razak, iaitu Shafie Abdullah pada bulan Februari 2023, di mana Semakan Semula kes SRC International Najib Razak bermula di penghujung Februari 2023 dan berakhir dengan keputusan penolakan pada 31 Mac 2023.

“Setelah semua ini di ketahui, kenapa tiada apa-apa tindakan yang dilakukan oleh pihak kerajaan? Kenapa tiada tindakan ke atas Hakim Nazlan? Sedangkan ada beberapa sekyen di bawah undang-undang yang boleh disabitkan terhadap Tengku Maimun dan Idrus Harun iaitu satu kesalahan di bawah Seksyen 212 dan 217 Kanun Keseksaan kerana seolah-olah melindungi seseorang yang disyaki bersalah dari dikenakan tindakan undang-undang,” sambung Hasnah.

Hakim Nazlan Mempunyai ‘Conflict of Interest’

Bagi Hamidah Osman pula, “Laporan ini kami lakukan setelah ada pengesahan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina, yang mengesahkan bahawa SPRM telah menghantar surat kepada Ketua Hakim Negara dan Ketua Peguam Negara pada 20 Februari yang lepas, yang mana hasil siasatan SPRM mengatakan bahawa Hakim Nazlan ada ‘conflict of interest’, jadi laporan polis dilakukan kerana kami mengesyaki, seolah-olah hakim negara dan peguam negara cuba melindungi Hakim Nazlan dengan tidak mengambil apa-apa tindakan.”

Beliau menerangkan dengan lebih lanjut bahawa, di bawah seksyen 212, melindungi pesalah jika ada usaha untuk melindung dari sesiapa di kenakan tindakan undang-undang. di bawah seksyen ini pesalah boleh di hukum tujuh tahun penjara, makakala seksyen 217 pula, khusus untuk penjawat awam mengingkari arahan undang-undang dengan niat hendak menyelamatkan orang daripada seksaan atau harta dirampas. Jika didapati bersalah boleh dihukum penjara selama dua tahun.”

Menurut Hamidah lagi, apa yang berlaku ini bukan sahaja melibatkan kepada Najib Razak, tetapi juga berlaku ke atas individu lain. Perkara ini tidak wajar kerana ia mencemarkan undang-undang negara intergriti keadilan negara.”

Sepatutnya Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara di bawa kepada Tribunal oleh pimpinan negara, iaitu Yang Berhormat Perdana Menteri kerana perkara ini sudah menjadi ‘public interest’ kerana rakyat memerhati dan melihat kenapa Hakim Nazlan begitu istimewa sehinggakan tiada apa-apa tindakan dikekenakan. Malah dapat naik pangkat lagi.”

Peguam Najib Telah Diberitahu

Ketua Hakim Negara yang melindungi  Haki m Yang mempunyai  ' conflict of interest' dalam kes SRC International Najib Razak - Gambar MH grafik
Ketua Hakim Negara yang melindungi Haki m Yang mempunyai ‘ conflict of interest’ dalam kes SRC International Najib Razak – Gambar MH grafik

Laporan polis tersebut adalah berdasarkan kenyataan media 6 April 2023 oleh Azalina pada tarikh yang sama juga. Di mana ia telah tersebar dalam ‘Whatsapp’ yang telah memaklumkan kepada Peguam Najib Razak iaitu Shafie Abdullah, bahawa Hakim Nazlam Mohd Ghazali telah disahkan oleh SPRM mempunyai konflik kepentingan dalam kes SRC dan telah membuat satu kesalahan dengan melanggar Kod Etika Hakim 2009.

Dalam surat bertarikh 20 hb Februari 2023 yang tersebar, SPRM telah menghantar laporan dan cadangan kepada Ketua Hakim Negara untuk mengambil tindakan atas kesalahan yang dilakukan oleh Hakim Nazlan. – mediahit

Baca juga:-

Shafee: Kami ‘Mengalu-alukan’ Ketua Hakim Negara Menarik Diri Dari Kes SRC