Najib Dinafikan Keadilan Sekali Lagi

0
44
The fact that former Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak still retains 4.6m followers on Facebook alone shows that the people have lost confidence in the court system – Bernama file pic.
The fact that former Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak still retains 4.6m followers on Facebook alone shows that the people have lost confidence in the court system – Bernama file pic.

Di waktu ahli keluarga dan penyokong-penyokong bekas Perdana Menteri Najib Razak meluahkan rasa kecewa dan marah atas keputusan penghakiman, Ketua Hakim Rahman Sebli meletakkan satu penanda aras untuk keadlian di negara ini

KUALA LUMPUR — Memetik pendapat Carole Raymond Abdullah di dalam tulisannya di New Media Hit, beliau mengatakan bahawa hari Jumaat 31 Mac lepas telah dimulakan dengan langkah kanan oleh ahli keluarga dan penyokong-penyokong Najib Razak, dengan harapan penuh optimis pemimpin kesayangan mereka akan dibebaskan.

Mereka menanti penuh harapan sementara menunggu keputusan yang akan dibacakan oleh panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang akan menentukan nasib bekas pemimpin itu.

Panel lima hakim itu diketuai oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli, bersama dengan hakim-hakim Vernon Ong, Rhodzariah Bujang, Nordin Hassan dan Abu Bakar Jais.

Rosmah Mansor, ahli keluarga, dan para penyokong Najib Razak berkumpul di Istana Kehakiman, Putrajaya untuk mendengar keputusan Semakan Rayuan tempohari. - MH filepic oleh Jebat Shinchan
Rosmah Mansor, ahli keluarga, dan para penyokong Najib Razak berkumpul di Istana Kehakiman, Putrajaya untuk mendengar keputusan Semakan Rayuan tempohari. – MH filepic oleh Jebat Shinchan

Namun, menurut Carole, perasaan optimis dan euphoria tersebut bertukar ke kekecewaan, malah kemarahan, bila mana Hakim Vernon Ong Lam Kiat membacakan kehakiman majoriti yang menolak permohonan bekas Perdana Menteri itu agar dibenarkan membuat semakan terhadap keputusan panel hakim Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang tidak menyebelahi beliau.

Keputusan 4-1 majoriti itu mendapati bahawa Najib telah “mengorak langkah kejatuhannya sendiri” dan beliau sendiri telah menyebabkan rayuan terhadap hukuman penjara 12 tahun dan saman, yang dijatuhkan ke atas beliau kerana didakwa menyeleweng wang SRC International sebanyak RM42 juta, tidak didengari oleh panel hakim sebelum ini.

Tambah Carole lagi, semasa Hakim Vernon membaca keputusan majoriti itu, beberapa penyokong Najib kelihatan meninggalkan Bilik Mahkamah 6 (bilik di mana ramai penyokong Najib berkumpul) dan jelas kemarahan dan perasaan jijik terpancar di wajah mereka.

Walaubagaimanapun, selepas itu, semua perhatian tertumpu kepada Ketua Hakim Rahman apabila beliau mula membaca penghakiman minoritinya. Rahman merupakan hakim tunggal yang menentang keputusan majoriti Mahkamah menolak rayuan Najib.

Terasa seperti mungkin ada harapan untuk keadilan di negara ini sekali lagi, ujar Carole, walaupun apa yang dikatakan oleh Hakim Rahman tidak mungkin dapat menukar nasib Najib dan keputusan mutakhir mahkamah. Baca alasan berbeza pendapat (minority judgement) Abdul Rahman Sebli di sini.

Hipokrit

Apa yang terjadi adalah amat luar biasa

Dalam menyokong penghakiman berbeza pendapatnya (dissenting judgement) yang beliau bacakan di dalam Mahkamah, Rahman memetik kes yang diketuai oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Vernon Ong, untuk menyokong pendapat beliau bahawa telah terjadi penyelewengan keadilan dalam kes rayuan Najib sehingga beliau dinafikan perbicaraan yang adil.

Vernon Ong merupakan hakim yang telah membaca kehakiman majoriti menolak rayuan semakan Najib.

Pada dasarnya, Hakim Besar Sabah dan Sarawak itu, yang juga pengerusi panel hakim yang mendengar kes semakan Najib memanggil Vernon sebagai seorang “hipokrit” yang telah membelakangi prinsip terdahulu beliau, walau apa jua alasan.

Hakim Ong mengatakan tindak balas Najib terhadap permohonan dan rayuannya yang telah diketepikan oleh Mahkamah adalah “keterlaluan”.

Ong mengambil kira bahawa Najib, dalam affidavit beliau, mengatakan beliau (Najib) telah dinafikan hak asas beliau di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk mendapatkan perbicaraan yang adil.

Ong berkata “pada anggapan kami, pemohon tiada hak untuk bersikap objektif hanya kerana pemohon tidak dapat menerima bahawa Mahkamah ada hak untuk memutuskan beliau bersalah, melainkanlah jika ada keputusan berat sebelah, pelanggaran keadilan  ataupun penyalahgunaan kuasa.

“Walaupun perasaan beliau mungkin tulen, kami tidak dapat membenarkannya mengelabui keputusan kami.

“Dalam mengambil kira segala keadaan, dengan hormat, kami harus mengatakan bahawa pemohon (Najib) telah mengorak langkah kemusnahan dirinya sendiri,” ujar Hakim Ong

Keadilan Mentaliti Rendah

Seorang peguam yang menulis dengan nama samaran di FB menyangkal kenyataan Justice Ong:

“Pabila seorang hakim mahkamah tertinggi memberitahu bahawa kamu telah mengorak langkah kemusnahan diri sendiri, berdasarkan kepada keputusan Mahmakah terdahulu yang tidak membenarkan pertukaran peguambela, anda boleh lihat betapa rendahnya tahap mentaliti hakim tersebut.

“Jika hakim itu telah merujuk kepada kenyataan itu berhubung beberapa peristiwa di mana mahkamah tidak berkuasa untuk mengubah lagi keputusannya seperti kecederaan terhadap diri sendiri akibat kecuaian sendiri, saya tidak akan ragu-ragu dengan kenyataan itu, tetapi dia bercakap tentang reaksi mahkamah terdahulu berhubung keputusan menukar peguam oleh tertuduh dengan mengisyaratkan bahawa tertuduh dipenjarakan kerana perbuatannya sendiri,” tambahnya.

Beliau seterusnya berkata bahawa mahkamah sepatutnya berkuasa untuk menangani ketidakadilan dan dengan mengiktirafnya sebagai “malang”, bukankah hakim itu telah mengakui bahawa terdapat beberapa kebenaran dalam rungutan oleh tertuduh dan apabila dia berkuasa untuk menangani rungutan itu, dia memilih untuk tidak melakukannya walaupun mengetahui akibat besar memenjarakan orang yang hak asasinya untuk mendapat perlindungan undang-undang sudah termaktub dalam Perkara 8 perlembagaan.

“Di sini kita mempunyai hakim mahkamah tertinggi memberitahu kami: ya saya tahu itu adalah nasib malang anda dan ya, saya tahu saya boleh melakukan sesuatu mengenainya. Tetapi awak sendiri melakukannya kepada diri anda sendiri dan kerana itu saya menutup mata saya dan saya akan membiarkan awak merana di dalam sel awak dan saya tidak akan menggunakan kuasa saya untuk membantu awak.”

Menariknya, Najib bukan sahaja menerima komen empati daripada penyokong dan pengikutnya, media seolah-olah memberi ruang rehat kepada beliau daripada semua kata-kata yang bersifat negatif yang sering dilemparkan kepadanya. Di bawah ini kami kongsikan beberapa petikan daripada media dan komen dan siaran dalam talian yang menunjukkan bahawa ramai yang pemikirannya selaras dengan penghakiman Hakim Rahman dan bersetuju bahawa bekas perdana menteri itu sepatutnya dibebaskan — mediahit

Tajuk utama di beberapa keratan akhbar yang melaporkan penghakiman minoriti Ketua Hakim Abdul Rahman Sebli. -MH Graphics