Muhyiddin doakan Najib segera sembuh

Najib Razak dilaporkan positif jangkitan Covid-19 dan kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur

0
70
Tan Sri Muhyiddin Yassin mendoakan semoga Datuk Seri Najib Razak yang sedang di dirawat di Hospital Kuala Lumpur akibat jangkitan COVOD-19 agar segera sembuh
Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) mendoakan semoga Datuk Seri Najib Razak yang sedang di dirawat di Hospital Kuala Lumpur akibat jangkitan COVOD-19 agar segera sembuh

KUALA LUMPUR — Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin mendoakan Datuk Seri Najib Tun Razak yang positif COVID-19, diberikan kesembuhan segera.

“Saya mendoakan semoga Allah SWT memberikan kesembuhan kepada Dato’ Sri Najib Razak dan dipermudahkan urusan rawatan beliau.” kata Muhyiddin dalam satu catatan di dalam akaun Facebook milik beliau.

Bekas Perdana Menteri, Najib Razak dilaporkan positif jangkitan Covid-19 dan kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur. 

Pegawai Khasnya, Muhamad Mukhlis Maghribi dalam satu kenyataan memaklumkan, Najib dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur Selasa (31 Okt) selepas beliau mengadu demam.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sedang menjalani kuarantin dan rawatan di hospital.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa mengesahkan Najib dimasukkan ke hospital.

Walaubagaimanapun, beliau tidak boleh berkongsi maklumat berkaitan penyakit dan rawatan yang sedang diberikan kepada bekas Perdana Menteri itu.

“Saya hanya boleh mengesahkan kemasukan beliau ke hospital tapi rawatan, penyakit dan sebagainya, itu adalah sulit.” — Malaysiaxpress

Baca juga:
Tokoh korporat Azman Hashim tawan puncak Kinabalu pada usia 84 tahun