Mahathir Gesa Anwar Buktikan Dia Bolot Harta Ketika Berkuasa

0
100
Mahathir Mohamad continues to vilify Anwar Ibrahim as Dictatorial Prime Minister heading government that wasn't Malay.
Mahathir (kiri) mahu Anwar buktikan dia bolot harta ketika berkuasa - MH graphics

Buat tuduhan senang, jika tidak dapat buktikan, maka ianya tidak benar, kata Mahathir, jelas menyindir Anwar

Kuala Lumpur — Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad menggesa Perdana Menteri ke-10 Anwar Ibrahim buktikan yang beliau bolot (harta) untuk diri dan anak-anaknya ketika memegang tampuk pemerintahan negara selama 22 tahun campur 22 bulan.

Dalam satu ciapan twitter miliknya pada Isnin (27 Mac), Mahathir berkata ianya senang untuk membuat tuduhan, tetapi tuduhan yang tidak dapat dibuktikan dengan jelas, tidak boleh diterima sebagai benar.

 “Ia adalah fitnah,” kata Mahathir.

Mahathir meluahkan perasaan di dalam akaun Twitter miliknya

Mahathir merujuk kepada ucapan Anwar pada Sidang Kongres Khas Keadilan di Shah Alam baru-baru ini.

Anwar dalam ucapanya berkata bahawa: “ada orang dulu, 22 tahun campur 22 bulan pegang kuasa, sekarang mengeluh Melayu hilang segala-galanya, hilang harta, hilang saham.

“Bagaimana tak hilang kalau kamu bolot untuk kamu, untuk keluarga kamu dan anak-anak kamu, sekarang bila hilang kuasa, bicara soal rakyat,” Anwar dipetik media sebagai berkata.

Dalam paparannya di media sosial milik beliau, Mahathir mengeluh kerana semenjak beliau bukan lagi perdana menteri, orang Melayu menjadi begitu miskin.

Mahathir turut berkata beliau ingin memulihkan keadaan semasa menjadi Perdana Malaysia ke-7 tetapi niatnya telah tersekat apabila Kerajaan Perikatan Harapan (PH) pimpinannya dijatuhkan.

Mahathir Soal Program Proklamasi Orang Melayu Dihalang

“Saya menyertai usaha untuk menyedarkan orang Melayu akan masalah mereka dengan pelancaran Proklamasi Melayu. Isi kandungan proklamasi ini menepati peruntukan dalam perlembagaan Malaysia dan juga perlembagaan Umno.

“Perhalangan pelancaran ini bermakna kerajaan Anwar menolak perlembagaan negara dan perlembagaan Umno” tambah beliau lagi.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, Umno tidak lagi mendukung matlamat asal penubuhannya kerana tiada siapa dari parti tersebut membantah halangan terhadap pelancaran Proklamasi Melayu ini, dan sebab itu, orang Melayu memerlukan parti lain untuk melindungi hak orang Melayu dan kaum  bumiputera lain.

“Sebab itu orang Melayu patut tentang Kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim” kata bekas Perdana Menteri itu lagi.”

Isnin lalu Mahathir mendakwa bahawa Kerajaan Anwar cuba menghalang  program “Proklamasi Melayu” setelah percubaan untuk mendapatkan tempat berhimpun gagal sebanyak tiga kali.

Arahan Tegas Anwar Tidak Bertolak Ansur Dengan Pihak Yang Menggugat Kemanan Negara

Pada 17 Mac lalu, Anwar selepas selesai mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya, dilapokan memberi kenyataan tegas bahawa kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang cuba untuk” mengadu domba dan menghangatkan suhu kaum atau agama di dalam negara.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim bertegas mahukan keamanan antara kaum dan agama di Malaysia
Perdana Menteri Anwar Ibrahim bertegas mahukan keamanan antara kaum dan agama di Malaysia

Tambah Perdana Menteri, beliau telah mengarahkan seluruh pasukan keselamatan untuk berwaspada, kerana orang yang terdesak atau rasa tercabar akan menggunakan sentimen ini untuk mengganggu-gugat keselamat negara.

Walaupun tidak menyebut “Proklamasi Orang Melayu” secara khusus, kenyataan beliau dibuat beberapa hari sebelum program tersebut dijadualkan berlangsung.

Walaubagaimanapun, sehingga sekarang tiada kenyataan dari mana-mana pihak berkuasa mahupun Perdana Menteri yang menghalang perhimpunan tersebut.

Dalam masa yang sama, setelah gagal mendapatkan tempat untuk berhimpun,  Sekretariat Proklamasi Orang Melayu hari ini melancarkan kempen secara dalam talian untuk mendapatkan sokongan orang ramai bagi menandatangani proklamasi tersebut. – Mediahit

Baca Juga:-

Court To Hear Zahid Hamidi’s Defamation Suit Against Mahathir In Nov
Najib Ticks-Off Mahathir For Riding on the Malay Cards
Anwar Date With Dictatorial Former PM Mahathir And Judiciary