Lokman Adam: MB T’ganu Harus Jawab Isu Jual Tanah Pada NGO

0
38
Lokman Adam: MB T'ganu Harus Jawab Isu Jual Tanah Pada NGO - Foto FB Lokman Noor Adam Official
Lokman Adam: MB T'ganu Harus Jawab Isu Jual Tanah Pada NGO - Foto FB Lokman Noor Adam Official

Mengikut Lokman Adam, Menteri Besar Terengganu didakwa telah menjual sekeping tanah kepada NGO yang diketuai oleh isteri beliau sendiri, pada harga di bawah harga pasaran

KUALA LUMPUR — Tular laporan mendakwa kerajaan Terengganu menjual tanah seluas 11,299 meter persegi yang terletak di kawasan strategik di Batas Baru pada harga lebih rendah dari pasaran.

Tanah itu didakwa bernilai RM29.3 juta tetapi dijual kepada Khairunnisa’, sebuah NGO, dengan harga hanya RM500,000.

Berdasarkan laporan tular berserta dokumen – yang tidak dapat dipastikan kesahihannya secara bebas – Pendaftar Tanah Kuala Terengganu (KT) pada 10 Feb 2019 menyatakan tidak memberi pertimbangan kepada permohonan Khairunnisa’.

Mengulas tentang perkara ini di halaman Facebook, Pengarah Komunikasi Umno, Lokman Noor Adam menyifatkan isu penjualan tanah ini sangat berat dimana Menteri Besar (MB) Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar telah menjual tanah kepada NGO yang diketuai isterinya sendiri dengan harga yang sangat merugikan Kerajaan Terengganu (T’gganu).

“Dilaporkan tanah yang berharga RM29.3 juta di jual kepada NGO isteri Samsuri dengan harga hanya RM500,000 sahaja.

“Menjawab kepada isu ini, MB T’gganu dari PAS tidak menafikan perkara ni, malah menjawab ini hanyalah isu kecil. Katanya sebab PRN dah dekat semua isu akan keluar,” kata Lokman.

Jelas Penyalahan Guna Kuasa, Tuduh Lokman

“Jadi kenapa dia tak jawab kenapa tanah ini dijual dengan harga yang sangat murah dan dijual pula kepada NGO yang diketuai isteri beliau sendiri?”

Menurut Lokman, perkara ini jelas sebuah penyalahan guna kuasa.

“Semalam, bekas Vice Chancelor UPSI dihukum penjara 18 bulan dan didenda RM10,000.00 atas pertuduhan salah guna kuasa memasukkan nama anak lelakinya untuk ditemuduga. Namun, amat mengecewakan sehingga kini MB Pas Terengganu tidak diheret kemuka pengadilan.

“Kita tidak boleh berikan isyarat yang salah bahawa Kerajaan Perpaduan gagal berlaku adil kepada semua,” katanya lagi.

Beliau juga mencatatkan bahawa tanah tersebut sebelum ini diberikan kepada Koperasi Insaf Terengganu Berhad (Koinsaf) milik pemimpin PAS Terengganu dengan harga premium RM550K pada tahun 2003 iaitu ketika Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menjadi Menteri Besar T’gganu.

Ketika BN (Barisan Nasional) mengambil alih kerajaan negeri Terengganu pada tahun 2005, BN mengambil kira lokasi tanah yang strategik dan berkepentingan rakyat dan terpaksa membuat pengambilan balik tanah tersebut dengan membayar semula kepada koperasi tersebut sebanyak RM 6.7 juta.

Lokman juga mengatakan bahawa dengan pembelian tersebut, PAS mendapat keuntungan atas angin sebanyak RM6.15 juta.

Tidak mustahil, NGO isteri Samsuri juga boleh buat untung atas angin dengan menjual tanah ini sekali lagi, katanya lagi.

Lokman mendesak agar MB Samsuri jelaskan kenapa tanah yang premium dijual dengan harga yang sangat murah dan bukan setakat memberi alasan bahawa ini adalah hanya satu isu kecil.

Ahmad Said Ajak MB Debat Isu Tanah

Sementara itu, Pengerusi Umno T’gganu, Ahmad Said mencabar MB Samsuri untuk berdebat berhubung isu penjualan tanah kerajaan negeri kepada sebuah pertubuhan NGO.

Ahmad berkata, tindakan Menteri Besar itu tidak betul kerana menjualkan tanah itu dengan harga sangat rendah.

“Saya nak tanya betul ke tidak betul, nilai semasa tanah itu bernilai RM29 juta dan diberi kepada NGO dengan harga RM550,000.

“Bagi saya itu pengkhianatan, dan saya cabar Menteri Besar berdebat dengan saya. — mediahit

Baca juga:
Dewan Rakyat Kecoh, Pembangkang Tolak Perbahasan