Loke: BN Telah Zahirkan Komitmen Yang Baik Terhadap DAP

0
59
Anthony Loke ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan Ke-3 Persatuan Pengusaha Pusat Latihan Memandu Malaysia.
Anthony Loke ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan Ke-3 Persatuan Pengusaha Pusat Latihan Memandu Malaysia.

Loke berkata DAP memegang komitmen dari BN dan tidak mengambil kira pandangan dari pihak lain.

PUTRAJAYA — Setiausaha Agung DAP (Parti Tindakan Demokratik) Anthony Loke berkata DAP hanya berpegang kepada komitmen yang telah dizahirkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Sri Ahmad Zahid Hamidi dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Menurut beliau, Zahid telah memberi komitmen yang jelas berhubung perkara tersebut.

“Kami ambil komitmen daripada Pengerusi BN sendiri yang juga Timbalan Perdana Menteri, jadi pandangan lain kita tidak ambil kira. Komitmen Pengerusi BN cukup baik.

Beliau mengulas mengenai gesaan Setiausaha Agung Pemuda MCA, Danial Wa Wai How agar parti itu tidak meletakkan calon dan tidak membantu calon-calon yang akan bertanding dalam PRN akan datang.

Jelas Loke, kenyataan yang dikeluarkan oleh Wai How tidak mewakili BN.

“Itu hanya Pemuda MCA sahaja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-3 Persatuan Pengusaha Pusat Latihan Memandu Malaysia di sini hari ini.

Enam negeri yang akan mengadakan PRN tidak lama lagi ialah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Setakat ini, DUN Kelantan dan Selangor sudah dibubarkan masing-masing pada Khamis dan Jumaat lepas manakala DUN Kedah dijadual bubar pada Rabu ini. — Mediahit