Laporan Nahas Pesawat Di Elmina Boleh Dilihat Esok Pagi

0
72
Cebisan-cebisan mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi proses bedah siasat dan pengecaman - Foto Reuters

KUALA LUMPUR — Kementerian Pengangkutan akan memuat naik laporan awal nahas pesawat Beechraft Premier 1 di Elmina, Selangor jam 10 pagi esok.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata laporan tersebut akan berdasarkan rakaman suara 30 minit yang diperolehi daripada memory puck dalam perakam suara kokpit (VCR) pesawat berkenaan.

“Semua fakta terkandung dalam laporan esok. Kita akan muat naik perkembangan nahas Elmina esok pagi,” katanya.

Pihak Polis mengesahkan 10 mangsa terkorban dalam kejadian itu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang Datuk Seri Johari Harun, 53. — MalaysiaXpress