Lapangan Terbang Terganggu Setelah Terima Ancaman Bom Dalam Pesawat

0
61
Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi terletak 45 minit perjalanan dari New Delhi - psuconnect pic

Para penumpang telah dipindahkan dan pesawat berkenaan menjalani pemeriksaan secara teliti oleh pasukan anti-sabotaj

NEW DELHI – Pihak berkuasa lapangan terbang di New Delhi, pada Jumaat mengarahkan pemindahan penumpang dari penerbangan ke Pune selepas menerima panggilan ancaman bom, lapor Xinhua.

Panggilan terbabit diterima melalui pusat panggilan lapangan terbang ketika proses pemeriksaan penerbangan Vistara dari Delhi ke Pune sedang dijalankan.

Ancaman bom itu dilaporkan telah menyebabkan gangguan sementara di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di Delhi.

Sejurus selepas panggilan, para penumpang telah dipindahkan dan pesawat berkenaan menjalani pemeriksaan secara teliti oleh pasukan anti-sabotaj.

Bagaimanapun, tiada apa-apa yang mencurigakan dijumpai dan siasatan berhubung kejadian sedang dilakukan. – Bernama