Kesihatan Presiden Pas Hadi Awang Merosot

0
64
Tan Sri Abdul Hadi Awang semasa di pelancaran jentera pilihan raya Pemuda Pas Terengganu di Marang pada 27 Jun lalu. Gambar: FB Abdul Hadi Awang
Tan Sri Abdul Hadi Awang semasa di pelancaran jentera pilihan raya Pemuda Pas Terengganu di Marang pada 27 Jun lalu. Gambar: FB Abdul Hadi Awang

Anak Hadi Awang minta doakan untuk kesembuhan ayahnya yang sedang menerima rawatan di hospital dan di bawah pantauan pihak doktor

KUALA TERENGGANU — Kesihatan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang merosot dan kini sedang dirawat di hospital.

Perkara itu dimaklumkan anak beliau Muhammad Khalil, menerusi hantaran di laman Facebooknya pagi ini.

“Mohon doa dan solat hajat khusus untuk kesembuhan Ayahanda Tuan Guru. Kesihatan ayahanda sedikit merosot sebelum Aidiladha, dan kini  menerima rawatan dan pemantauan lanjut oleh pihak doktor di hospital,” katanya.

Muhammad Khalil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk itu berkata ayahnya sememangnya dalam keadaan uzur, sewaktu hadir ke pelancaran jentera pilihan raya Pemuda Pas Terengganu di Marang pada 27 Jun lalu.

Beliau berkata walaubagaimanapun Ahli Parlimen Marang itu, tetap menggagahkan dirinya untuk hadir.

“Semoga Allah mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan kepada Ayahanda Tuan Guru, berkat doa yang dipanjatkan oleh kita semua,” katanya lagi.

Beliau bagaimanapun tidak memaklumkan lokasi hospital bapanya dirawat, namun laporan Bernama mengesahkan Presiden Pas itu menjalani rawatan di sebuah hospital di Kuala Terengganu. — Mediahit

Baca juga:
DUN Negeri Sembilan Bubar Secara Rasmi 1 Julai