Kes 1MDB: Sekutu Jho Low Ditahan di KLIA

1
91

Individu yang dikaitkan dengan kes 1MDB itu ditahan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya membawa pulang seorang individu, dipercayai sekutu ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, yang terbabit dalam kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd (SRC).

Individu itu difahamkan ditahan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), pada jam 3.30 pagi Rabu.

Sebaik tiba di KLIA2, lelaki berkenaan yang menghilangkan diri sejak 2018 diserahkan Notis Perintah untuk hadir di ibu pejabat SPRM Putrajaya pada jam 10 pagi kemudian.

Suspek Merupakan Sekutu Jho Low Dalam Kes 1MDB dan SRC International

Menurut sumber, pegawai SPRM telah merakamkan keterangan lelaki terbabit dan penggeledahan rumah suspek telah dilakukan pada hari yang sama.

“Hasil siasatan mendapati suspek didapati terlibat dengan skandal itu dan menerima wang hasil seleweng menerusi akaun bank Wright Shaw Limited,”

SPRM dengan kerjasama Commercial Affairs Departments Singapura (CAD Singapura) dilaporkan berjaya menyita akaun bank milik Wright Shaw Limited berjumlah kira-kira AS$5.2 juta.

“Suspek juga dipercayai menerima sebahagian wang diseleweng dari dana 1MDB melalui Yayasan Rakyat Malaysia (YR1M),” kata sumber itu lagi.

Kata sumber berkenaan, pada 26 April lalu, SPRM berjaya membawa pulang kira-kira RM16 juta dana 1MDB yang diseleweng menerusi Totality Limited milik bekas Pengarah Eksekutif Pembangunan Perniagaan 1MDB, Casey Tang Keng Chee.

“Lebih dikenali dengan nama Casey Tang, individu itu terlibat dengan 1MDB ketika ia dikenali sebagai Terengganu Investment Authority (TIA) sehingga 2011,”

Kira-Kira 70% Aset Milik 1MDB Berjaya Dikembalikan

“Konspirasinya adalah untuk mengelirukan bank dan menyembunyikan fakta tertentu daripada lembaga pengarah 1MDB untuk memindahkan AS$700 juta kepada Good Star Ltd, yang didakwa dimiliki Low Taek Jho atau Jho Low,” katanya.

Menurutnya, SPRM mengeluarkan waran tangkap atau notis merah bertarikh 29 Jun 2018 terhadap Keng Chee yang masih gagal dikesan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Baca juga:
Kerajaan Sedang Dalam Rundingan Bawa Jho Low Pulang: PM

SPRM setakat ini berjaya mendapatkan kembali kira-kira 70 peratus aset 1MDB membabitkan jumlah kira-kira RM28.3 bilion.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan perkembangan berkenaan dan pihaknya sedang berusaha mengesan beberapa lagi suspek dan aset lain di Singapura. — mediahit