Kempen Proklamasi Orang Melayu Kini Dilakukan Dalam Talian

0
171
The 'Malay Proclamation' by Mahathir calls for sacrifices for the collective good, money and greed must be left out of the picture. - MH filepic
The 'Malay Proclamation' by Mahathir calls for sacrifices for the collective good, money and greed must be left out of the picture. - MH filepic

Kempen Proklamasi Orang Melayu ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang Melayu

PETALING JAYA — Kempen Proklamasi Orang Melayu yang digerakkan oleh bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad kini berlangsung secara dalam talian, selepas lokasi untuk mengadakan perhimpunan mengenainya tidak mendapat kelulusan sebanyak tiga kali.

Melalui satu kenyataan, sekretariat pergerakan itu berkata, tujuan utama kempen dalam talian tersebut adalah untuk memberi kesedaran kepada orang Melayu tentang agenda pergerakan itu, iaitu perjuangan untuk bangsa dan tanah air, yang perlu diberi perhatian sewajarnya.

Kempen secara dalam talian itu juga adalah untuk mendapatkan sokongan orang ramai bagi menandatangani proklamasi berkenaan.

Orang ramai boleh menandatangani Proklamasi Orang Melayu itu menerusi pautan yang disediakan atau kod QR. 

Orang ramai boleh menyertai kempen Proklamasi Orang Melayu dalam talian ini dengan mengimbas QR kod atau mengisi borang di pautan yang diberikan
Orang ramai boleh menyertai kempen Proklamasi Orang Melayu dalam talian ini dengan mengimbas QR kod atau mengisi borang di pautan yang diberikan

“Kempen ini akan berjalan berterusan agar ia sampai kepada seluruh orang Melayu yang cintakan tanah air,” kata sekretariat dalam kenyataan tersebut.

Sebelum ini, seperti yang telah dilaporkan di media, penganjur kempen Proklamasi Orang Melayu telah menjadualkan kehadiran Mahathir, yang juga penasihat Sekretarian Proklamasi Orang Melayu, pada program tersebut, namun telah dibatalkan.

Mahathir Dakwa Anwar Dalang Halang Kempen Proklamasi Orang Melayu

Susulan itu, Mahathir mendakwa bahawa Perdana Menteri Anwar Ibrahim merupakan dalang disebalik pembatalan tersebut, walaupun mengaku beliau tidak mempunyai bukti kukuh. Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu merujuk kepada kenyataan Anwar yang didakwanya ditujukan kepadanya dan berkata perkara ini tidak akan terjadi jika tiada campur tangan dari Perdana Menteri ke-10 itu, sehingga pihak dewan terpaksa akur dan membatalkan tempahan yang telah dibuat mereka lebih awal.

Dalam petikan di dalam portal Malaysiakini sebelum ini, Mahathir dilaporkan berkata “Saya tidak faham kenapa kerajaan begitu takut dengan orang Melayu sampai tak bagi berjumpa”.

“Kalau mereka takut kepada saya, parti saya kalah 125 kerusi pada PRU 15. Bukan kalah sedikit, tetapi semua deposit hangus,” katanya lagi, sambil menggelar Anwar sebagai “penindas,” kata Mahathir

Mahathir merujuk kepada ucapan Anwar pada Sidang Kongres Khas Keadilan di Shah Alam baru-baru ini.

Anwar dalam ucapanya berkata bahawa: “ada orang dulu, 22 tahun campur 22 bulan pegang kuasa, sekarang mengeluh Melayu hilang segala-galanya, hilang harta, hilang saham.

“Bagaimana tak hilang kalau kamu bolot untuk kamu, untuk keluarga kamu dan anak-anak kamu, sekarang bila hilang kuasa, bicara soal rakyat,” Anwar dipetik media sebagai berkata.– mediahit

Baca Juga:-

Mahathir Gesa Anwar Buktikan Dia Bolot Harta Ketika Berkuasa
Kes Hakim Nazlan: Kerajaan Hormati Keputusan Mahkamah Persekutuan
20 Jemaah Umrah Meninggal, Bas Terlanggar Jambatan