Kempen Perang Bendera Semakin Rancak

0
49
BN dilihat ke hadapan dalam kempen di DUN Pelangai - Gambar Newswav

BENTONG — Perang bendera dan poster semakin rancak di kawasan-kawasan Felda Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada hari ke-12 kempen para calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri (DUN) Pelangai. 

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amizar Abu Adam terus menggunakan kaedah secara bersemuka untuk bertemu penduduk di DUN Pelangai sebagai pendekatan berkesan. 

“Ini antara asas yang kita laksanakan dan rata-rata apabila kita bertemu dengan pengundi dan bersama-sama saya Datuk Seri Mujahid pun turun dan kita lebih daripada 30 hingga 50 biji rumah sudah kita santuni pagi tadi Alhamdulillah rata-ratanya sangat berterima kasih datang ke rumah dan juga sangat memerlukan kita berkhidmat, (meneruskan) perkhidmatan di DUN Pelangai ini, Insya-Allah,” kata Amizar, di sini.

Dalam pada itu, mantan DUN Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah dan Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa turut bersama-sama Amizar berkempen sepanjang hari ini. 

“Saya menyeru orang peneroka Felda.. sebab saya pun anak Felda, ini orang Felda.. kita jaga warga Felda untuk kesinambungan pembangunan, susah payah anak-anak penoraka Felda, warga-warga Felda untuk masa depan,” kata Nazri Ngah.

“Bagi pihak Amanah kita telah memberi komitmen sepenuhnya sebelum penamaan calon sampai ke hari ini, mengundi, semua pimpinan tertinggi sudah turun,” kata Dr Mujahid. — MalaysiaXpress