Keadaan Salahuddin Stabil Selepas Pembedahan

2
68
Keadaan Salahuddin stabil selepas pembedahan.
Keadaan Salahuddin stabil selepas pembedahan.

Salahuddin selamat menjalani pembedahan pagi semalam bagi pendarahan dalam otak, setelah dikejarkan ke hospital selepas mengalami mual dan muntah-muntah.

ALOR SETAR — Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Sri Salahuddin Ayub, 61, yang sedang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Beliau selamat menjalani pembedahan pagi semalam bagi pendarahan dalam otak. Setiausaha Akhbar kepada Salahuddin, Syakirin Husnal memaklumkan menteri berkenaan dikejarkan ke wad kecemasan HSB kira-kira 10.15 malam Jumaat dan mendapat rawatan setelah mengalami mual dan muntah-muntah, sebelum disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa memaklumkan keadaannya Salahuddin stabil dan sedang dipantau di unit rawatan rapi (ICU).

Hadkan Lawatan Kepada Ahli Keluarga Sahaja

Manakala, anak perempuan kepada Ahli Parlimen Pulai itu, Siti Fatihah memohon agar ruang diberikan kepada pihak keluarga sahaja untuk melawat bapanya.

Menerusi satu kenyataan di sini hari ini, beliau berkata perkara itu adalah atas nasihat doktor dan permintaan ahli keluarga.

“Bagi pihak keluarga, kami menghargai segala sokongan dan doa. Saya juga mohon semua agar terus mendoakan keadaan ayah saya,” katanya. — Mediahit

Baca juga:

Najib Under Arbitrary Detention On His 70th Birthday