Kanak-kanak maut jatuh laut

Bomba mendapati seorang kanak-kanak lelaki telah terjatuh ke laut ketika memancing di kawasan jambatan terapung

0
130
Di dalam bulatan itu adalah lokasi mangsa dipercayai terjatuh ketika memancing - Gambar GrafikMX
Di dalam bulatan itu adalah lokasi mangsa dipercayai terjatuh ketika memancing - Gambar GrafikMX

BATU PAHAT — Di Sungai Lurus, Senggarang, Rengit, seorang kanak-kanak berusia 10 tahun mati lemas ketika memancing semalam (2 Nov); punca kematian disangka lemas.

Menurut Pegawai Bomba Kanan II Mohd Khairul Azmi Ngatman, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rengit, pihaknya mendapat panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 6:47 petang.

Menurutnya lagi, tujuh anggota bomba dari BBP Rengit dan Tender Penyelamat Bomba (FRT) telah dihantar ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) ke lokasi, didapati seorang kanak-kanak lelaki telah terjatuh ke laut ketika memancing di kawasan jambatan terapung di kawasan tersebut.

“Mangsa kemudiannya ditemui terdampar di tepi pantai oleh orang awam pada jam 9.15 malam iaitu pada jarak sekitar 200 meter dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini (3 Nov).

Operasi itu ditamatkan kira-kira jam 11 malam.

Apabila mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan tambahan. — MalaysiaXpress

Baca lagi: Tragedi melanda, kanak-kanak ditemui lemas