Kadar antara bank jangka pendek diunjur stabil

Bank pusat akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional hari ini

0
71
Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM40.42 bilion dan RM28.47 bilion dalam dana Islam - Gambar Berita Harian
Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM40.42 bilion dan RM28.47 bilion dalam dana Islam - Gambar Berita Harian

KUALA LUMPUR — Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini (24 Nov) berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM40.42 bilion dan RM28.47 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat itu akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional hari ini, terdiri daripada RM1.0 bilion selama tujuh hari dan RM500 juta untuk 14 hari serta tender Qard bernilai RM600 juta bertempoh tujuh hari.

BNM juga akan mengadakan dua tender repo berbalik melibatkan tender RM1.5 bilion (32 hari) dan tender RM500 juta (94 hari).

Selain itu, bank pusat akan mengumumkan penerbitan tender Bil Antara Bank Bank Negara (BNIB) bernilai RM2.5 bilion selama 30 hari pada 28 Nov selain ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menawarkan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM40.9 bilion dan tender semalaman Murabahah RM27.9 bilion.– Bernama

Baca lagi: Kadar antara bank janka pendek kekal stabil