Isu Hangat Hutang Felda – Siapa Yang Harus Minta Maaf?

0
99
Pada asasnya, Felda ni macam orang tengah/penjamin sahaja, namun tanpa ambil untung, kata penulis Abd Rahim Hilmi - Grafik MH
Pada asasnya, Felda ni macam orang tengah/penjamin sahaja, namun tanpa ambil untung, kata penulis Abd Rahim Hilmi - Grafik MH

Pada asasnya, Felda ni macam orang tengah/penjamin sahaja, namun tanpa ambil untung

Isu hutang Felda panas balik bila Tan Sri Muhyiddin Yassin saman Datuk Sri Anwar Ibrahim. Datuk Sri Anwar pula balas dengan tunjuk bukti dokumen dan minta Muhyiddin pula minta maaf.

Siapa betul? Baik, saya cerita kemudian masing-masing pandailah buat kesimpulan sendiri.

Pertama, Felda memang bagi pinjaman kepada peneroka. Untuk penanaman semula, beli baja, buat rumah, pendidikan anak-anak dan sebagainya. Tapi Felda tak ada duit. Maka Felda buat hutang (sukuk) supaya dia boleh bagi hutang kepada peneroka.

Peneroka pula pinjam dengan Felda sebab kadar keuntungan (faedah) rendah. Nak pinjam dengan bank tak lepas sebab peneroka ini bukan kerja kerajaan.

Pada asasnya, Felda ni macam orang tengah/penjamin saja. Tak ambil untung pun.

Mengenai hutang Felda, siapa yang betul dan siapa yang harus minta maaf? Muhyiddin atau Anwar? -
Mengenai hutang Felda, siapa yang betul dan siapa yang harus minta maaf? Muhyiddin atau Anwar? – Gambar Grafik MH

Bermula Dari Zaman Najib

Kaedah ni dibuat bermula tahun 2009. Zaman Datuk Sri Najib Tun Razak.

Hutang-hutang ini akhirnya semakin bertambah sebab peneroka makin banyak meminjam dan ada juga yang culas nak bayar. Jadi ia menyukarkan Felda sebab Felda guna bayaran hutang ini untuk bayar balik pinjaman dia kepada bank dan KWSP.

Tahun 2021, hutang ini semua dah jadi RM8.3 bilion. Maka Muhyiddin pun umum nak hapus hutang-hutang ini.

Tapi setakat umum hapus hutang ini hanya bermakna beban hutang peneroka ditanggung pula oleh Felda. Maka Muhyiddin pun umum kerajaan akan buat sukuk bernilai RM9.9 bilion untuk bantu Felda

Tetapi sampai habis tamat jatuh kerajaan dua kali pun, ia tidak berlaku.

Apabila Anwar jadi PM, dia menyempurnakan kerja Muhyiddin ini dengan isytihar kerajaan akan bayar RM1 bilion setahun kepada Felda supaya penghapusan hutang peneroka ini selesai sepenuhnya tanpa ditanggung oleh mana2 pihak. Baik peneroka, baik Felda semua selamat.

Tapi kalau tanya saya, saya tak setuju penghapusan hutang secara pukal.

Sebab jumlah hutang peneroka ini semuanya berbeza. Ada mungkin hutang RM10 ribu. Ada mungkin hutang RM100 ribu.

Ada pula yang culas nak bayar. Ada yang konsisten bayar walaupun terpaksa kerja siang malam. Ada pula yang dah bergolok gadai habis bayar hutang belaka.

Tidak Adil

Maka penghapusan hutang ini sebenarnya bagi saya tidak adil terutama kepada mereka yang berdisiplin bayar dari awal. Dan seolah satu ganjaran besar serta petanda bahawa kalau kita hutang kerajaan ni tak bayar pun tak apa sebab nanti ada Perdana Menteri akan hapus juga.

Benda inilah yang berlaku kepada PTPTN.

Sepatutnya penghapusan hutang ini didahulukan kepada mereka yang membayar secara konsisten. Serta cashback kepada mereka yang dah pun selesai membayar hutang.

Atau jumlah RM10 bilion yang kerajaan janji itu dibahagikan samarata kepada peneroka. Dan diberi kepada mereka selepas ditolak hutang berbaki yang ada.

Masalah pemimpin kita hari ini adalah ramai yang cuma tahu nak populis tanpa sedar apa kesan kepada negara dan walaupun tak reti siapkan kerja. – Mediahit

Abdul Rahim Hilmi Zakariya, Kuala Terengganu adalah pembaca newmediahit.com

Baca juga artikel berkaitan:-
Penstrukturan Semula Kewangan Felda, Beri Manfaat Besar Kepada Peneroka
Peruntukan RM7.7 Juta Terangi Jalan-Jalan Gelap Felda
Anwar Reveals Document Related To Government Guarantee To Felda Debts