Isu 3R : Hadi Awang Akan Disoal Siasat Polis

0
52
Polis Johor mengesahkan telah membuka kertas siasatan terhadap Hadi Awang berhubung isu mempertikaikan kuasa Lembaga Pengampunan - Gambar Borneo Post Online

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat hari ini mengesahkan telah menyiasat kenyataan Abdul Hadi yang dipercayai mempertikaikan kuasa Lembaga Pengampunan dalam ceramahnya di markas parti itu di Bakri, Muar.

KUALA LUMPUR — Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain ditanya mengenai kes Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang yang didakwa menyentuh isu 3R (agama, institusi diraja dan kaum) dalam ceramahnya di Johor baru-baru ini, Mohd Shuhaily berkata polis akan memanggil Abdul Hadi dalam tempoh terdekat untuk diambil keterangan.

“Polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

PDRM juga telah menghubungi beliau (Abdul Hadi) untuk bertanyakan bila beliau ada masa lapang untuk disoal siasat berhubung kes ini,” katanya.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat hari ini mengesahkan telah menyiasat kenyataan Abdul Hadi yang dipercayai mempertikaikan kuasa Lembaga Pengampunan dalam ceramahnya di markas parti itu di Bakri, Muar, dua hari lepas. — Bernama