KUALA LUMPUR — Polis telah merakam kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Isham Jalil, selepas Dr Siti Mastura Muhammad mendakwa beliau mendapat maklumat mengenai hubungan DAP dengan pemimpin komunis dari risalah kempen Barisan Nasional (BN).
“Bukit Aman memanggil saya untuk bertanya mengenai kes Siti Mastura. Saya tidak begitu peka tentang perkara itu tetapi polis tiba-tiba menelefon saya,” kata Isham dalam satu video yang dimuatnaik di Facebook pada Sabtu (18 Nov).
“Polis mengatakan bahawa Siti Mastura mendakwa bahawa dia mendapat maklumatnya dari risalah oleh BN Communications, bahan kempen semasa Pilihan Raya Umum.
Isham berkata mungkin dia dipanggal polis kerana jawatannya sebagai Ketua Penerangan Umno, tetapi menegaskan bahawa BN Communications dan Umno adalah dua entiti yang berbeza.
“Saya rasa perkara ini berlaku sebelum PRU tetapi saya bukan Ketua Penerangan Umno sebelum PRU.
“Saya tidak fikir Barisan (Nasional) menerbitkan ini. Apa pun, biarlah polis siasat,” kata Isham lagi.
Pada Khamis (16 Nov), Datuk Wan Saiful Wan Jan dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata BN menerbitkan buku bertajuk “Bahan Kempen Komunikasi BN” sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 tahun lepas, di mana ia mengaitkan ahli DAP dengan mendiang pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng.
Selasa lepas (14 Nov), Mastura, Ahli Parlimen Kepala Batas, dipanggil oleh polis untuk memberi kenyataan berhubung dakwaannya bahawa Pengerusi DAP Lim Guan Eng mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mendiang Chin Peng. — Malaysiaxpress
Baca juga:
Nurul Hidayah: Keadaan kesihatan Zahid baik