Hujan lebat berterusan dijangka di beberapa di Kelantan, Terengganu

Peringatan hujan lebat, kawasan-kawasan di Kelantan dan Terengganu dikehendaki waspada

0
80
Menurut kenyataan itu, orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai cuaca terkini melalui aplikasi mudah alih myCuaca atau melayari lawan web dan media sosial - Gambar Arkib NSTP/GHAZALI KORI
Menurut kenyataan itu, orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai cuaca terkini melalui aplikasi mudah alih myCuaca atau melayari lawan web dan media sosial - Gambar Arkib NSTP/GHAZALI KORI

KUALA LUMPUR — Beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu dijangka mengalami hujan lebat berterusan tahap buruk bermula hari ini sehingga esok.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan amaran itu dikeluarkan bagi Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan serta Besut di Terengganu.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai di Kelantan; Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu serta Kuantan dan Pekan di Pahang bagi tempoh sama.

Menurut kenyataan itu, orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai cuaca terkini melalui aplikasi mudah alih myCuaca atau melayari lawan web dan media sosial rasmi jabatan tersebut.

Talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638 juga boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan. —Bernama

Baca lagi: Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan berkurangan, Selangor kekal