Heathrow: 50 Penerbangan British Airways Dibatalkan Akibat Masalah IT

0
67
50 penerbangan British Airways yang berlepas dari Heathrow dibatalkan akibat masalah IT - Foto fail British Airways
50 penerbangan British Airways yang berlepas dari Heathrow dibatalkan akibat masalah IT - Foto fail British Airways

British Airways mohon maaf atas pembatalan penerbangan ke Eropah dan domestik

LONDON – British Airways (BA) mengemukakan permohonan maaf berikutan pembatalan penerbangan ke Eropah dan domestik pada Jumaat ekoran masalah teknologi maklumat (IT),  lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Terdapat lebih 50 penerbangan yang berlepas dari Heathrow dibatalkan dan syarikat penerbangan itu meminta penumpang menyemak status penerbangan mereka sebelum pergi ke lapangan terbang.

Selain itu, terdapat lebih 20 penerbangan yang dijadual mendarat di Heathrow turut dibatalkan atau ditangguhkan. 

“Kami menyedari isu teknikal yang telah timbul dan kami sedang berusaha untuk menyelesaikannya. 

“Disebabkan jumlah panggilan yang tinggi, sila hubungi kami jika anda akan melakukan perjalanan dalam masa 48 jam akan datang,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh BA kira-kira 10 malam pada Jumaat.

Kelewatan dan pembatalan dijangka berterusan sehingga hari Sabtu. – BERNAMA-dpa