Fadillah: Malaysia sasar ekspot lebih RM14 bilion minyak sawit ke China

Lawatan ke China akan diadakan dalam masa terdekat untuk meningkatkan eksport minyak sawit

0
126
Timbalan Perdana Menteri II Datuk Seri Fadillah Yusof - Gambar Bernama
Timbalan Perdana Menteri II Datuk Seri Fadillah Yusof - Gambar Bernama

KUCHING — Malaysia menyasarkan untuk meningkat ekspot minyak sawit ke China melebihi RM 14 billion, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Fadillah berkata satu lawatan ke China akan diadakan dalam masa terdekat untuk memperkukuhkan perdagangan antara dua negara terutama dalam meningkatkan eksport minyak sawit.

“Tahun lepas, nilai eksport minyak sawit ke China mencapai RM14 bilion. Kami jangkakan peningkatan yang konsisten tahun ini.

“Lawatan yang dicadangkan ke China juga bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara tersebut,” kata beliau kepada wartawan selepas merasmikan sesi dan mesyuarat tahunan ke-51 Persatuan Lada Antarabangsa (IPC) di sini pada hari Selasa (7 Nov).

Fadillah yang juga merupakan menteri perladangan dan komoditi menyatakan bahawa ini adalah penting kerana tahun depan akan menjadi ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Malaysia telah mengeksport 3.14 juta tan minyak kelapa sawit dan produk berasaskan minyak kelapa sawit bernilai RM14.86 bilion ke China tahun lalu.

Ini menjadikan China sebagai pasaran eksport minyak kelapa sawit terbesar kedua bagi Malaysia tahun lalu, menyumbang sebanyak 11.2 peratus daripada keseluruhan eksport minyak kelapa sawit negara ini. — MalaysiaXpress

Baca lagi: Bekalan ayam kukuh, kenaikan harga siling ayam