Untuk sesi 2023-2026 ini, 42 orang anak muda akan bertanding untuk 20 kerusi exco Puteri UMNO. Junita Abu Bakar melaporkan dari Menara Dato’ Onn, WTCKL
Menjadi bualan hangat, tentulah tak lain tak bukan, Nooryana Najwa, anak perempuan kepada bekas Perdana Menteri Malaysia yang juga bekas President UMNO, Najib Razak dan juga Raja Sara, anak kepada blogger kontroversi Raja Petra Kamarudin.
Nooryana Najwa – Puteri Yang Menyambung Legasi Datuk Dan Ayahnya
Nooryana berkelulusan Politik Antarabangsa dari Georgetown University, Amerika dan juga, antara lain, memegang segulung Ijazah Sarjana dari sekolah terkemuka, Harvard University dalam bidang Pentadbiran Am.
Beliau menyatakan walaupun memang gemarkan bidang politik dari kecil lagi, titik perubahan pada dirinya tentunya datang ketika beliau giat berkempen semasa PRU15.
Dengan kesedaran ini, Yana berkata beliau ingin mengembalikan kepercayaan rakyat kepada UMNO.
“Yana merasakan inilah masa yang terbaik, dalam keadaan politik hari ini, untuk menjadikan Puteri sebagai suatu platform untuk wanita-wanita muda bersuara dan mengasah bakat mereka.”

Nooryana bersama ayahanda tercinta, mantan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak – Ingin bantu menjadikan Puteri sebagai suatu platform untuk wanita-wanita muda bersuara dan mengasah bakat mereka.
Bila ditanya mediahit apakah reaksi ayahandanya apabila mendapat tahu beliau akan bertanding kerusi EXCO Puteri, Nooryana berkata bapanya berpesan agar ”sentiasa menganggap penceburan dirinya dalam bidang politik ini sebagai satu peluang untuk berkhidmat untuk rakyat, berjuang untuk apa yang Nooryana percayakan, bercakap dari hati yang ikhlas, membina tali persahabatan yang berkekalan sesama rakan perjuangan dan InsyaAllah jika berbuat demikian, Nooryana akan sentiasa berada di landasan yang betul.”
Najib juga berpesan agar Nooryana mengambil ikhtibar dari segala cabaran yang dihadapinya dan sentiasa mengambil peluang untuk memperbaiki segala kekurangan.
Baca Juga:-
Wanita Jiwa Sebenar UMNO, Tetap Anggun Dan Hebat
Umno Gets The Nod From Home Ministry On President, Deputy’s No Contest Motion
Umno Polls: Nine Division Chiefs Elected Unopposed In Penang
Raja Sara – Puteri Yang Mahu Bersuara Untuk Rakyat
Apa pula kata Raja Sara? Beliau yang berkelulusan Sarjana Muda dari Middlesex University, London, dalam bidang Komunikasi Pemasaran, berkata dirinya dibesarkan dengan melihat bapanya Raja Petra keluar masuk penjara disebabkan pendirian bapanya yang selalu bertentangan dengan pendirian kerajaan pada waktu itu, jadi tentulah minat beliau dalam bidang politik sangat mendalam.
Mengangkat Tun Abdul Razak Hussain, Perdana Menteri Malaysia kedua sebagai idola, Raja Sara berharap boleh menyumbang dalam memperkuatkan Puteri dan memastikan UMNO terus kekal relevan dalam politik Malaysia. Beliau ingin menjadi suara untuk rakyat. Isu yang sangat dekat dengan hati beliau adalah perkara-perkara berkaitan dengan pendidikan, hak-hak wanita serta membasmi kemiskinan.

Raja Sara, anak kepada blogger terkenal Raja Petra Kamarudin – Berikrar untuk membantu mentransformasikan Puteri.
“UMNO yang baru memerlukan kepimpinan Puteri yang baru,” kata Raja Sara, sambil berikrar untuk membantu mentransformasikan Puteri.
Pemilihan kerusi-kerusi Wanita dan Puteri UMNO akan diadakan serentak di seluruh negara pada Sabtu, 11 Mac ini. Ikuti kami untuk mengetahui keputusannya. – mediahit