EAIC Tidak Lagi Terima Aduan Berhubung PDRM, Pegawai Bermula 1 Julai

0
52
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) tidak lagi akan menerima aduan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau pegawainya bermula esok (1 Julai).
EAIC tidak lagi akan menerima aduan terhadap PDRM atau pegawainya bermula 1 Julai - Gambar hiasan.

Semua aduan berhubung PDRM akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2022 [Akta 839] (IPCC) yang berkuatkuasa mulai 1 Julai

PUTRAJAYA — Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) tidak lagi akan menerima aduan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau pegawainya bermula esok (1 Julai).

Menurut Suruhanjaya berkenaan, ini kerana PDRM tidak lagi disenaraikan di bawah Jadual Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700] sebagai salah satu agensi penguatkuasaan seliaannya, selaras dengan berkuatkuasanya  Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2022 [Akta 839] (IPCC) esok.

“EAIC akan menyelesaikan semua aduan dan siasatan yang diterima sebelum 1 Julai 2023 dalam tempoh setahun sehingga 1 Julai 2024 selaras dengan seksyen 47 Akta 839,” kata EAIC dalam kenyataan hari ini.

Sebarang pertanyaan atau aduan oleh orang ramai terhadap PDRM mulai 1 Julai 2023 boleh disalurkan dengan menghubungi Bahagian Keselamatan, Kementerian Dalam Negeri di talian 03-8886 8526 atau 03-8886 8529.

EAIC berkata ia terus komited dengan visi sebagai peneraju dalam penguatkuasaan, transformasi dan pembudayaan integriti berteraskan profesionalisme dan amalan terbaik.

Orang ramai boleh layari www.eaic.gov.my untuk sebarang maklumat atau info lanjut berkaitan EAIC. – Bernama

Baca Juga: Inspektor Wanita Hina Anggota Polis Pangkat Rendah Didakwa