DUN Pulau Pinang Rasmi Bubar Pada 28 Jun

1
51
Penang DAP chairman Chow Kon Yeow
Penang DAP chairman Chow Kon Yeow

Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang akan dibubarkan secara rasmi pada 28 Jun setalah mendapat perkenan dari Yang di-Pertua Negeri.

GEORGE TOWN — Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang akan dibubarkan secara rasmi esok 28 Jun bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata beliau telah mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak setelah menghadap Yang di-Pertua Negeri awal pagi tadi.

“Pagi ini saya mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri untuk menandatangani pengisytiharan pembubaran Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri,” katanya kepada pemberita di sini.

Katanya lagi, beliau merasa lega DUN sudah dibubarkan, dan kini dapat membuat persiapan menghadapi pilihan raya negeri pada tarikh yang akan ditentukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sasar Menang 30 Ke 32 Kerusi

Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang menyasarkan untuk menang antara 30 ke 32 kerusi pada PRN, yang akan datang ini.

Chow yang juga Pengerusi PH Pulau Pinang berkata, sekiranya gabungan itu memenangi antara 30 ke 32 kerusi dalam PRN, ia boleh dianggap sebagai satu keputusan yang memuaskan.

“Sebelum ini saya ada katakan bahawa jika kita boleh kekalkan apa yang kita capai pada pilihan raya 2008 dan 2013 iaitu (masing-masing) 29 dan 30 kerusi pada masa itu. Kali ini kalau dapat 30 hingga 32 kerusi boleh dikira hasil yang memuaskan,”

Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi DUN dan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), PH menang 37, termasuk dua oleh calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), manakala Barsisan Nasional (BN) menang dua, dan Parti Islam Se-Malaysia (Pas), satu.

Pulau Pinang akan menghadapi PRN tidak lama lagi, bersama-sama dengan Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Dewan Undangan Negeri Kelantan dan  Selangor masing-masing telah dibubarkan pada Khamis dan Jumaat lepas manakala DUN Kedah dijadual bubar pada Rabu ini. — Mediahit

Baca juga:
Loke: BN Telah Zahirkan Komitmen Baik Terhadap DAP