BN Tetap Sokong Kerajaan Perpaduan

0
75

BN menyeru agar semua pihak memberi fokus kepada agenda membangunkan negara dan menolak segala bentuk ugutan politik.

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung BN (Barisan Nasional), Zambry Abdul Kadir, dalam satu kenyataan media menegaskan BN tetap memberi sokongan tidak berbelah bahagi terhadap Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Menurutnya lagi, Barisan Nasional tetap bersama dengan aspirasi rakyat untuk melihat sebuah negara yang aman dan stabil, dipimpin oleh seorang Perdana Menteri yang disepakati oleh semua parti yang membentuk kerajaan atas asas Kerajaan Perpaduan.

Kenyataan Media Setiausaha Agong BN Zambry Abdul Kadir.

Menurut beliau, perkara itu adalah seperti yang dihasratkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

“Maka, BN menyeru kepada semua pihak untuk memberi fokus kepada agenda membangunkan negara dan menolak sebarang bentuk politik gugatan,”

BN Ingin Melihat Negara Yang Aman Dan Stabil

Zambry yang juga Menteri Luar mengulas tentang spekulasi berhubung usaha pihak tertentu menjatuhkan kerajaan seperti yang tular dalam media sosial, baru-baru ini.

Beliau turut menyifatkan ura-ura yang dimainkan oleh pihak tertentu yang kehilangan kompas politik, hanya sebagai suatu usaha yang bertujuan melihat negara terus berantakan.

Zambry memberitahu, negara mendambakan sebuah kerajaan yang stabil untuk membangunkan semula agenda pembangunan, pertumbuhan dan pemacuan negara dalam menghadapi cabaran global yang semakin kompleks.

“Malaysia perlu muncul semula di pentas antarabangsa bagi membina keyakinan pelabur dan masyarakat antarabangsa,”

“Justeru asas kestabilan perlu dipertahankan oleh segenap lapisan rakyat Malaysia.” tegas beliau. — mediahit

Baca juga:
Kerajaan Sedang Dalam Rundingan Bawa Jho Low Pulang: PM