Blogger Direman Bantu Siasatan Kes Rasuah RM1.3 Juta

0
33
SPRM memohon blogger terkenal ditahan reman untuk bantu siasatan.
SPRM memohon blogger terkenal ditahan reman untuk bantu siasatan.

Blogger Direman Bantu Siasatan Rasuah Projek Bernilai RM41 Juta

PUTRAJAYA — Seorang blogger telah ditahan reman bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan rasuah dalam satu projek bernilai lebih kurang RM41 juta di sebuah kementerian.

Permohonan reman dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Jumaat.

Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin mengeluarkan perintah reman selama dua hari bermula Jumaat sehingga 13 Mei terhadap suspek.

Baca juga:

Rosmah Mansor – Harapan Kami, Najib Razak Pulang

Suspek yang merupakan seorang penulis blog politik, dipercayai telah menerima rasuah berjumlah lebih kurang RM1.3 juta daripada sebuah syarikat teknologi maklumat sekitar tahun 2020.

Menurut sumber, permintaan dan pembayaran rasuah ini dipercayai dilakukan sebagai dorongan kepada suspek melobi supaya syarikat teknologi maklumat berkenaan berjaya dalam perolehan kontrak.

Difahamkan, selain daripada isu jenayah rasuah, SPRM juga akan melihat bagaimana tatacara perolehan projek ini dilaksanakan.

Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan kes disiasat di bawah seksyen 16 ASPRM 2009. — mediahit