Bekas ADUN bercerai selepas 21 hari berkahwin

0
130
Seorang lelaki, Abdul Wahab Alimun, dijatuhi hukuman penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas kesalahan menyerang adik lelakinya Abdul Wahib, kerana berang mangsa mengadu dia membawa rakan disyaki penagih ke rumah mereka, minggu lalu
Seorang lelaki, Abdul Wahab Alimun, dijatuhi hukuman penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas kesalahan menyerang adik lelakinya Abdul Wahib, kerana berang mangsa mengadu dia membawa rakan disyaki penagih ke rumah mereka, minggu lalu

SEREMBAN — Mahkamah Tinggi Syariah Seremban mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas ADUN Pertang kerana gagal hadir ke mahkamah untuk pengesahan nikahnya bersama bekas isteri kedua yang dilangsungkan pada 27 Julai lalu.

Arahan dikeluarkan Hakim Ruzita Ramli selepas Noor Azmi Yusof, 56, tidak hadir pada prosiding bersama bekas isterinya, Norhaya Ramli, 50.

“Memandangkan kes ini memerlukan kehadiran responden, mahkamah arahkan satu waran tangkap dikeluarkan kepada responden (Noor Azmi),” katanya.

Bekas isterinya, Norhaya pula memaklumkan kepada mahkamah yang dia diceraikan responden melalui WhatsApp pada 17 Ogos lalu.

Mahkamah kemudian menetapkan 14 Disember depan untuk prosiding sebutan semula kes bagi pengesahan nikah.

Sementara itu, Norhaya ketika ditemui pemberita di luar mahkamah melahirkan rasa kecewa kerana lelaki berkenaan enggan memberikan kerjasama untuk menyelesaikan perkara itu.

“Kami bernikah pada 27 Julai lalu melalui kadi pejabat agama yang sah dan diuruskan bekas suami. Dia kata kadi itu rakannya dan pernikahan itu sah mengikut syarak.

“Saya memang fikir ia melalui prosedur yang sah mengikut undang-undang syariah. Malah, saya membawa abang kandung sebagai wali ketika akad nikah kerana dia meyakinkan saya ia pernikahan yang sah.

“Bekas suami turut berjanji akan menguruskan pendaftaran pernikahan dengan kerjasama kadi terbabit, namun perkara itu tidak terjadi sehingga dia menceraikan saya hanya menerusi WhatsApp selepas 21 hari kahwin,” katanya.

Ibu tunggal itu berkata, selepas diceraikan, lelaki itu langsung tidak memberikan kerjasama untuk mendaftarkan pernikahan dan mengesahkan perceraian di mahkamah syariah.

Norhaya berkata, perkara itu menjejaskan reputasi dan kerjayanya, namun berharap ahli politik itu memberikan kerjasama supaya perkara ini diselesaikan segera kerana perkahwinan dan penceraiannya masih tergantung. – TV3