Bayi sindrom pfeiffer meninggal dunia

Muhammad Azril akan dikebumikan selepas waktu solat Asar

0
80
Jenazah Muhammad Azril berada di Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk membuat pemeriksaa - Gambar Utusan Malaysia
Jenazah Muhammad Azril berada di Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk membuat pemeriksaa - Gambar Utusan Malaysia

KOTA BHARU — Muhammad Azril Azhar, seorang bayi berusia setahun sebelum ini menderita penyakit sindrom Pfeiffer meninggal dunia pada haru Jumaat (3 November).

Muhammad Azril, bapanya Azhar Che Amat,53, dan ibunya Maznah Omar, 40, itu meninggal dunia pada jam 9.30 pagi semasa berada di rumahnya di Kampung Melor di sini.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu dilihat berada dalam keadaan lesu sebelum menghembus nafas terakhirnya sekita jam 5 pagi, kata Maznah.

“Dua hari lalu saya ada membawa Muhammad Azril ke hospital untuk menjalani pemeriksan dan doktor memberitahu dia berada dalam keadaan sihat,” katanya kepada Sinar Harian.

Jenazah Muhammad Azril berada di Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk membuat pemeriksaan, menurut beliau.

Anak bongsunya itu dijangkakan akan dikebumikan selepas solat Asar.

Pada 12 Julai Sinar Harian melaporkan, ibu dan bapa Muhammad Azril itu dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Kelochor di sini sudah setahun lebih dapat tidur dengan lena setiap kali anak bongsunya yang mengahadapi sindrom Pfeiffer.

Aruah Muhammad Azril yang berumur setahun itu berkepala besar dan perubahan wajahnye berpunca daripada penyakit itu.

Sindrom Pfeiffer ialah gangguan genetik yang jarang berlaku, ia juga dikenali sebagai sindrom craniosynostosis.

Penyakit ganjil ini dicirikan oleh gabungan pramatang tulang tengkorak tertentu, yang membawa kepada bentuk kepala dan muka yang tidak normal.

Percantuman awal tulang tengkorak ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan normal otak dan tengkorak.

Tiada ubatan yang boleh menyembuhkan sindrom Pfeiffer ini. — MalaysiaXpress

Baca lagi: Dua lelaki bertopeng, bersenjata pecah masuk kediaman