Banjir melanda di Kelantan, dua PPS dibuka

71 mangsa sedang berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan

0
78
Anggota keselamatan melakukan pemantauan kawasan dan mangsa banjir di Jalan Dato Hashim, Pasir Puteh, Kelantan. - Gambar APM Pasir Puteh
Anggota keselamatan melakukan pemantauan kawasan dan mangsa banjir di Jalan Dato Hashim, Pasir Puteh, Kelantan. - Gambar APM Pasir Puteh

KOTA BHARU — Jajahan Pasir Puteh menjadi lokasi pertama dilanda banjir di Kelantan akibat monsun timur laut apabila dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka sejak pagi tadi.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 71 mangsa sedang berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Dalam Rhu dan SK Wakaf Raja di jajahan itu.

SK Dalam Rhu menempatkan 42 mangsa daripada 10 keluarga.

“Sebanyak 29 mangsa daripada tujuh keluarga pula berada di PPS SK Wakaf Raja,” menurut portal berkenaan. — Bernama

Baca lagi: 160 pangkalan hadapan Kelantan siap sedia mengagih bekalan untuk bencana banjir