Bangladesh catat 300,000 kes denggi, 1,549 kematian

Keseluruhan kes denggi meningkat 301,225 kes manakala angka kematian 1,549

0
40
DGHS melaporkan bawah Kementerian Kesihatan dalam tempoh 19 hari pertama November sebanyak 30,080 kes denggi baharu dicatatkan selepas 67,769 orang dijangkiti - Gambar Reuters
DGHS melaporkan bawah Kementerian Kesihatan dalam tempoh 19 hari pertama November sebanyak 30,080 kes denggi baharu dicatatkan selepas 67,769 orang dijangkiti - Gambar Reuters

DHAKA — Bangladesh melaporkan 1,291 kes denggi baharu dan enam lagi kematian pada Ahad, kata Direktorat Perkhidmatan Kesihatan (DGHS), lapor Xinhua.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes denggi meningkat kepada 301,225 kes manakala angka kematian kepada 1,549 sejak Januari tahun ini.

Jumlah itu termasuk 201 kematian pada bulan ini.

Menurut angka yang dilaporkan oleh DGHS di bawah Kementerian Kesihatan dalam tempoh 19 hari pertama November sebanyak 30,080 kes denggi baharu dicatatkan selepas 67,769 orang dijangkiti penyakit itu bulan lalu.

Bangladesh mengalami peningkatan tertinggi kes denggi pada September dengan 79,598 jangkitan baharu manakala 396 kematian dilaporkan — Bernama-Xinhua

Baca lagi: Wabak denggi rampas 1,400 nyawa dan jangkiti 300,000 individu