Arab gesa majlis keselamatan PBB kuatkuasa genjatan senjata di Gaza

PBB gagal menggesakan gencatan senjata di Gaza digubal oleh Amerika Syarikat dan Rusia

0
97
Arab: Gesa majlis keselamatan PBB kuatkuasa genjatan senjata di Gaza - Gambar The New Straits Times
Arab: Gesa majlis keselamatan PBB kuatkuasa genjatan senjata di Gaza - Gambar The New Straits Times

ANKARA — Sembilan negara Arab pada Khamis (26 Okt) menuntut Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) segera menguatkuasakan gencatan senjata di Semenanjung Gaza.

Gesaan itu dibuat dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh menteri luar Mesir, Jordan, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Kuwait, Bahrain, Oman dan Maghribi.

Kenyataan itu mengutuk “serangan terhadap orang awam, pemindahan paksa, dan dasar hukuman kolektif”, lapor Agensi Anadolu.

Menteri-menteri terbabit menyeru agar majlis itu “mewajibkan pihak-pihak yang terlibat untuk melaksanakan gencatan senjata segera dan mampan, berusaha untuk memastikan akses pantas, selamat dan mampan bagi bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza tanpa halangan selaras dengan prinsip kemanusiaan,” menurut Kementerian Luar Mesir dalam satu kenyataan.

Pada Rabu (25 Okt), majlis itu gagal meluluskan dua resolusi menggesa gencatan senjata di Gaza yang digubal oleh Amerika Syarikat dan Rusia.

Lebih 7,028 rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Okt.

Seramai 2.3 juta penduduk Gaza telah kehabisan makanan, air, ubat-ubatan dan bahan api, manakala konvoi bantuan yang dibenarkan masuk ke Gaza hanya membawa sebahagian kecil daripada apa yang diperlukan. — Bernama-Anadolu

Baca lagi: Hantar tentera ke Palestin? Malaysia tunggu keputusan PBB