Annuar Musa Bakal Masuk PAS?

0
59
Annuar Musa. FB Annuar Musa

Annuar Musa antara pemimpin UMNO yang didakwa akan penyertai Pas.

KUALA LUMPUR – Bekas ahli UMNO Annuar Musa antara pemimpin UMNO yang bakal menyertai Pas.

Naib Presiden Pas, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar memberi bayangan bahawa bekas Ahli Parlimen Ketereh itu bakal menyertai Pas dan beliau mengalu-alukan penyertaan tokoh besar UMNO itu ke dalam Perikatan Nasional (PN).

“Tidak kiralah jika Annuar ingin menjadi ahli Pas atau pun Bersatu, kita mengalu-alukan. Kehadiran tokoh ini akan memberi nilai tambah kepada PN berdasarkan pengalaman politik mereka,” kata beliau ketika majlis berbuka puasa anjuran kerajaan negeri Terengganu di MAEPS Serdang, semalam.

“InsyaAllah” kata beliau, menjawab desas-desus yang tengah hangat diperkatakan. Malah, Pas menjangkakan akan ada lebih ramai yang akan turut serta, tetapi tidak dapat mendedahkan nama mereka buat masa ini.

Sebelum ini, Presiden Pas, Abdul Hadi Awang secara terbuka mengalu-alukan bekas Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu menyertai parti tersebut, setelah keluar berita akhbar menyatakan bekas Setiausaha Agung Umno itu memilih Pas sebagai wadah perjuangan barunya dalam arena politik negara.

Presiden Pas, Hadi Awang (kiri) dan Naib Presiden Pas, Ahmad Samsuri (kanan), dua-dua mengalu-alukan penyertaan Annuar sebagai ahli Pas

Beliau menyifatkan Annuar sebagai pemimpin yang berwibawa dan boleh membaca politik tanah air.

Annuar Musa merupakan Menteri Komunikasi dan Media di bawah kerajaan yang dipimpini Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia ke sembilan. Ismail juga merupakan Naib Presiden Umno pada ketika itu.

Annuar mendakwa dirinya tidak dirundingi sebelum namanya digugurkan dari barisan calon Barisan Nasional untuk PRU15 yang lepas.

Pada bulan Disember, Annuar dipecat dari Umno selepas didakwa bersuara lantang menentang cara pimpinan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.

Sejurus setelah dipecat, Annuar menggerakkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Muafakat Nasional, dimana beliau adalah pengerusinya– mediahit